Berita Harian

Cipta kontrovers­i demi perhatian

-

Model dan pelakon, Poonam Pandey, mengakui bukan mudah meraih tempat dalam industri perfileman Bollywood sehingga dirinya berasakan perlu mencari jalan untuk dikenali.

Enggan berselindu­ng, aktres berusia 25 tahun itu mengakui sengaja mencetuska­n kontrovers­i dengan bergambar separuh bogel semata-mata mahu menarik perhatian ramai.

Malah katanya, populariti mula dikecapi susulan keberanian­nya ketika

Piala Dunia Kriket 2011 apabila berjanji untuk berbogel jika pasukan India meraih kejuaraan.

Sesuatu luar biasa

Dari situ, akui Poonam, keinginan untuk terus menjadi sebutan membuatkan gadis kelahiran Delhi itu sanggup berbuat apa saja biarpun digelar sebagai Ratu Kontrovers­i.

Mengimbas kembali kenangan lalu, katanya, semua idea itu bermula ketika dirinya bersembang dengan beberapa rakan wartawan untuk menghasilk­an sesuatu yang meninggalk­an kesan.

“Kami sekadar duduk dan membicarak­an kisah saya menghasilk­an antara 25 hingga 30 penggambar­an foto untuk kalendar. Semua projek ini besar, tetapi mudah dilupakan.

“Saya lihat, ramai gadis dalam industri yang pernah bekerja dengan keluarga Khan dan Kapoor, tetapi peminat tidak menyedari kehadiran mereka. Sebaliknya hanya nama Khan dan Kapoor juga yang diperkatak­an. Jadi, lebih baik saya berbuat sesuatu yang luar biasa untuk orang ramai mengingati saya,” katanya.

 ??  ?? Poonam Pandey
Poonam Pandey

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia