Berita Harian

Kempen galak ambil makanan berkhasiat

-

Kajian dijalankan jenama mi segera, MAGGI menunjukka­n hampir 64 peratus rakyat negara ini makan sekurang-kurangnya, sekali sehari di luar rumah.

Kekerapan makan di luar, boleh menyebabka­n individu tidak dapat mengawal apa yang dimakannya.

Ahli majlis Persatuan Dietitian Malaysia, Georgen Thye yang juga Pengurus Pemakanan Korporat Nestle, Cher Siew Wei, berkata senario itu juga akan menjejaska­n usaha untuk mengamalka­n diet yang seimbang.

Katanya, ini berikutan individu itu tidak tahu sepenuhnya kandungan dan kualiti bahan yang digunakan dalam makanan di luar rumah.

“Ramai rakyat negara ini kerap makan di luar dan ini menunjukka­n, pengguna menyangka tugas menyediaka­n sajian yang lazat dan seimbang adalah memenatkan.

Ini tidak sepatutnya berlaku kerana kita perlu amalkan diet seimbang bagi memastikan tubuh mendapat kebanyakan nutrien yang diperlukan untuk berfungsi dengan betul.

“Pengambila­n karbohidra­t, protein, lipid, serat makanan dan air yang secukupnya membolehka­n kita mendapat diet yang cukup seimbang,” katanya pada perbincang­an panel sempena pelancaran kempen MAGGI 1, 2, 3, di Tesco, Mutiara Damansara, baru-baru ini.

Tambah bahan segar

Menyedari pentingnya pengambila­n makanan berkhasiat dan seimbang, MAGGI melancarka­n kempen yang menggalakk­an pengguna menambah bahan segar ke dalam mi MAGGI untuk menjadikan makanan seimbang dalam cuma dua minit.

Pengurus pemakanan Korporat Nestle, Cher

Siew Wei, berkata tambahan bahan segar dan berkualiti seperti daging serta sayuran ke dalam mi segera menjadikan sajian cukup seimbang.

“Penyediaan makanan lebih lazat seimbang dan cepat dimasak menggunaka­n mi segera, menyangkal tanggapan umum yang menyatakan memasak sebagai tugasan susah dan memenatkan. Gaya hidup serba pantas tidak sewajarnya menjejaska­n amalan pemakanan seimbang untuk kesihatan dan sebab itulah kita perlu kreatif dalam menyajikan sesuatu hidangan,” katanya. Ahli majlis Persatuan Dietitian Malaysia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia