Berita Harian

‘Air tangan’ ibu erat hubungan

-

Walaupun berkerjaya, wanita masih boleh mengeratka­n kasih sayang antara anak dan emak menerusi `air tangan’ ibu.

Tidak perlu menyediaka­n hidangan berat dan sukar. Cukup hidangan itu dimasak oleh ibu dan dimakan seisi keluarga sekali gus dapat merapatkan hubungan seisi keluarga.

Kualiti masa bersama keluarga sememangny­a penting, justeru jika sibuk mana sekali pun ibu bapa wajar ada masa bersama dengan anak, terutama untuk makan semeja.

Bagusnya, makanan dimasak sendiri atau disediakan di rumah lebih terjamin kebersihan dan keselamata­nnya. Ibu pula sudah pasti akan menyediaka­n hidangan yang bukan saja sedap untuk dinikmati sekeluarga tetapi berkhasiat.

Sediakan hidangan berkhasiat

Bagi pengurus bank, Hanizah Jaya, 52, walaupun berebut waktu dengan tugasan di pejabat, beliau tidak pernah lupa menghidang­kan makanan setiap hari untuk anak terutama makan malam.

Katanya, makanan disediakan sesuai untuk diet seimbang bagi memastikan seisi keluarga mendapat manfaat terbaik menerusi makanan yang dimasak sendiri.

“Apa saja saya masak, akan pastikan letak bahan masakan seimbang seperti sayur dan protein. Dulu, ketika anak masih kecil mereka suka telur, ayam, jadi saya masukkan semua bahan itu dalam masakan. Mudah saja,” katanya.

Beliau berkata, sama ada masakan itu ringkas atau jenis berat, ibu menentukan sama ada sudah memberi hidangan berkhasiat atau tidak kepada anak mereka.

Hanizah yang mempunyai anak berusia 18 bulan hingga 30 tahun, berkata, amalan makan makanan berkhasiat dijadikan ‘budaya’ dalam keluarga mereka sejak anak masih kecil lagi.

“Perancanga­n rapi, memudahkan ibu berkerjaya menjadualk­an pemakanan seimbang anak. Paling mudah, ikut piramid makanan sebagai panduan terbaik,” katanya.

Wajib makan semeja

Bagi pekerja swasta, Fadilla Ibrahim, 37, berkata makanan bernutrisi tinggi, berkhasiat, segar, sedap, kunci kejayaan beliau menarik minat anak dan suami makan di rumah.

Malah, beliau menetapkan peraturan setiap malam, anak dan suami mesti makan bersama di meja makan bagi mengeratka­n hubungan kekeluarga­an.

“Walaupun ada yang sudah kenyang, semua anak saya dan suami perlu duduk semeja. Ini kerana walaupun tidak sampai setengah jam makan, kita boleh berborak dan mendengar masalah masing-masing di meja makan,” katanya.

Setiap hari, ibu kepada tiga anak perempuan ini tidak pernah gagal menyediaka­n sarapan pagi dan memastikan kesemua anak membawa bekal ke sekolah.

Beliau yakin makanan disediakan lebih bersih, sihat dan berkhasiat untuk dimakan.

Lebih menarik, penulis blog Kasih Aleeya yang berkisar panduan keibubapaa­n dan resipi ini turut berkongsi dengan ibu bapa lain perjalanan sebagai ibu yang menyediaka­n hidangan terbaik kepada anak sebagai tanda kasih sayang. Pengurus bank

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia