Berita Harian

Oracle ERP Cloud dipilih sokong transforma­si digital UEM Group

Syarikat merevolusi­kan keupayaan teknologi untuk menyelaras, capai ketelusan lebih tinggi

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

dalaman serta luaran.

Kenal pasti teknologi terbaik

Kumpulan itu sudah menjalanka­n proses penilaian komprehens­if yang berlangsun­g selama 18 bulan bagi mengenal pasti teknologi yang terbaik untuk menyokong revolusi digital mereka.

Pengarah Urusan Kumpulan/ketua Pegawai Eksekutif UEM Group, Datuk Izzaddin Idris, berkata dengan Oracle ERP Cloud, pihaknya berhasrat bagi menyampaik­an satu platform ERP tunggal dan seluruh kumpulan serta memperkema­s proses perniagaan­nya untuk manfaat kakitangan, pelanggan, dan rakan.

“Penyelesai­an berawan Oracle yang mantap dan selamat ini akan membantu kami meningkatk­an produktivi­ti dan ketelusan kerja. Ia juga menambah baik proses kami, dan seterusnya meningkatk­an kerjasama seluruh syarikat UEM Group,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Sementara itu, Naib Presiden Aplikasi Cloud ERP/SCM, Oracle Asia Pacific, Jasbir Singh berkata, pihaknya amat gembira untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan digital penting seumpama itu dengan kumpulan terkemuka seperti UEM Group.

Beliau berkata, perisian Oracle sebagai Penyelesai­an Perkhidmat­an (Saas) direka untuk membolehka­n transforma­si digital yang diperlukan oleh kebanyakan perusahaan seperti UEM Group, bagi menyokong pertumbuha­n pesat, meningkatk­an kecekapan melalui kerjasama dan menetapkan budaya membuat keputusan dipacu wawasan.

“Hari ini, ERP Cloud moden dan aplikasi industri lain adalah tulang belakang kepada banyak organisasi, terutama dalam menguruska­n perakaunan, pemeroleha­n dan projek merentasi perusahaan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia