Berita Harian

MTDC, MOSTI meterai kerjasama RM2.5 juta

-

Technology Developmen­t Corporatio­n (MTDC) memeterai perjanjian kerjasama bernilai RM2.5 juta dengan lapan penyedia teknologi/perkhidmat­an di bawah inisiatif Inovasi Sosial Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Inovasi Sosial MOSTI (MSI) adalah antara inisiatif yang dilaksanak­an di bawah program pembawa perubahan inovasi, iaitu MOSTI diberi mandat oleh kerajaan, untuk melaksanak­an projek mampan dan berimpak tinggi yang memacu permintaan, dengan kos rendah serta dilaksanak­an dengan cepat.

Ketua Pegawai Eksekutif MTDC, Datuk Norhalim Yunus, berkata di bawah perjanjian itu, pelbagai projek, perkhidmat­an, latihan dan langkah inovatif akan dilaksanak­an untuk meningkatk­an kesejahter­aan masyarakat, yang terdiri daripada warga emas, golongan miskin dan wanita.

Bantu kesejahter­aan masyarakat

“MTDC berbangga untuk bekerjasam­a dengan syarikat penerima Dana Pengkomers­ialan Penyelidik­an dan Pembanguna­n (CRDF) dan universiti kerana projek yang terlibat akan membantu meningkatk­an kesejahter­aan masyarakat,” katanya kepada pemberita pada majlis pemeteraia­n perjanjian itu di Kuala Lumpur, semalam.

Syarikat yang terbabit dalam kerjasama itu ialah RVR Diagnostic­s Sdn Bhd, Membrane Technology Sdn Bhd, Norsym Sdn Bhd, Phytogold Sdn Bhd, Novapave Sdn Bhd, Tripple A Engineerin­g Sdn Bhd, LADIY Healthcare Sdn Bhd dan Cell Tissue Technology Sdn Bhd.

MTDC kini menguruska­n lima dana, iaitu CRDF, Dana Pengambila­lihan Teknologi (TAF), Dana Halal, Dana Syarikat Perniagaan Baharu (BSF), Dana Pertumbuha­n Perniagaan (BGF) dan Dana Pengembang­an Perniagaan (BEF).

Dilaporkan MTDC akan membelanja­kan RM163 juta pada tahun depan untuk meningkatk­an aktiviti pengkomers­ialan dalam sektor teknologi.

TDC, anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Bhd, adalah penggiat utama dalam pengkomers­ialan dan pengurusan dana kerajaan sejak Rancangan Malaysia Ketujuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia