Berita Harian

Southgate ingin segera tahu nasibnya

Jurulatih sementara England itu akan akhiri tugas selepas jumpa Sepanyol

-

Pengendali sementara England, Gareth Southgate mahu Persatuan Bola Sepak (FA) Inggeris membuat keputusan segera sama ada mahu dia memegang jawatan itu secara tetap.

Ujian empat perlawanan diharungi Southgate akan berakhir selepas perlawanan persahabat­an menentang Sepanyol awal pagi esok waktu Malaysia.

England seri dengan Slovenia dan menewaskan Malta serta Scotland ketika perlawanan kelayakan Piala Dunia dalam tiga perlawanan pertama kendaliann­ya.

“Penting bagi saya untuk mengetahui apa yang saya akan lakukan selepas pertengaha­n November,” kata Southgate.

Setiap orang ingin tahu

“Saya berfikir untuk semua orang kerana kami perlu bersiap untuk saingan Bawah 21 Eropah dan skuad senior perlu bersedia untuk pusingan seterusnya (pada Mac).

“Setiap orang ingin tahu menjelang hujung November, pertengaha­n Disember, ke mana hala tuju supaya kami boleh memutuskan siapa yang bertanggun­gjawab untuk bahagian tertentu organisasi ini.”

Sepanyol menikmati penguasaan selama empat tahun antara 2008 dan 2012, memenangi Piala Dunia dan dua kali berturut-turut menjuarai Kejuaraan Eropah.

Bagi Southgate kejayaan itu berpunca daripada perancanga­n yang teliti.

“Saya kenal setiap jurulatih mereka dan mereka mempunyai corak latihan dan permainan yang konsisten dalam setiap peringkat umur.

“Itu yang perlu kita sasarkan... mereka menang dengan skuad remaja, menang dengan skuad senior dan mempunyai tempoh empat tahun lagi untuk terus menguasai arena antarabang­sa,” katanya.

 ??  ?? Southgate (tengah) mengendali­kan latihan skuad England di St George's Park menjelang pertemuan dengan Sepanyol.
Southgate (tengah) mengendali­kan latihan skuad England di St George's Park menjelang pertemuan dengan Sepanyol.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia