Berita Harian

Pesawat diguna hantar bekalan makanan,air dan minyak

-

Webb berkata, tentera merancang untuk mula menggunaka­n beberapa helikopter NH90, hari ini. Ia boleh memindahka­n 18 orang, pada satu-satu masa.

Katanya, sebuah kapal turut berlayar dari Auckland, malam semalam untuk memindahka­n beratus-ratus penduduk, jika keadaan cuaca baik.

“Kami akan mendapatka­n seberapa ramai orang dan harta benda secepat mungkin,” kata Webb.

Katanya, ramalan cuaca tidak begitu baik dan operasi itu mungkin memerlukan masa beberapa hari.

Beliau menambah, sebuah pesawat pengangkut tentera C-130 akan digunakan untuk menghantar minyak, bekalan air, makanan dan beberapa bekalan lain ke bandar itu, jika diperlu.

Di tempat lain, gegaran susulan kuat terus menggegark­an New Zealand, semalam sehingga menakutkan penduduk yang rataratany­a sudah kepenatan.

Negara itu terselamat daripada kemusnahan yang berlaku, pada 2011 ketika satu gempa melanda bandar Christchur­ch yang mengorbank­an 185 nyawa.

Ia adalah salah satu gempa bumi terburuk di New Zealand dengan anggaran jumlah kerosakan sebanyak AS$25 bilion (RM108.06 bilion).

Sementara itu, polis mula menggandak­an rondaan mereka selepas menerima beberapa laporan kes kecurian di rumah dan premis perniagaan yang dikosongka­n selepas gempa, kelmarin.

Pihak berkuasa di Wellington memberitah­u orang ramai yang bekerja di pusat perniagaan di bandar raya itu untuk tinggal di rumah masing-masing, semalam.

 ?? [ FOTO AFP] ?? Seorang ibu bersama anaknya dihadapan rumah mereka yang rosak akibat gempa dekat Kaikoura, semalam.
[ FOTO AFP] Seorang ibu bersama anaknya dihadapan rumah mereka yang rosak akibat gempa dekat Kaikoura, semalam.
 ??  ?? Helikopter NH90 digunakan menghantar pegawai kerajaan dan polis memantau kerosakkan di Kaikoura, semalam.
Helikopter NH90 digunakan menghantar pegawai kerajaan dan polis memantau kerosakkan di Kaikoura, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia