Berita Harian

Graduan OKU terima Pingat Emas Canselor UUM

-

Sintok: Kesakitan tulang belakang yang semakin membengkok akibat penyakit skoliosis, tidak menghalang seorang pelajar orang kurang upaya (OKU) muncul graduan terbaik Sarjana Muda Pengurusan Hal Ehwal Antarabang­sa Universiti Utara Malaysia (UUM).

Atas kecekalan itu, Mohd Noor Fakhrullah Zahari, 26, memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.99, dianugerah­kan Pingat Emas Naib Canselor, yang disampaika­n oleh Naib Canselor, Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak, semalam.

Beliau antara 1,822 graduan yang menerima ijazah pada hari ketiga Majlis Konvokesye­n Ke-29 UUM yang berlangsun­g sejak Sabtu lalu hingga esok di Dewan Muadzam Shah di sini, semalam.

Mohd Noor berkata, setiap hari beliau mengulang kaji pelajaran mulai jam 3 pagi dan hanya tidur kira-kira empat jam sehari.

“Walaupun sukar bangun kerana penyakit dihadapi, saya ada rakan baik yang sentiasa memberi sokongan,” katanya.

Mohd Noor berkata, beliau bersyukur apabila hubungan baik dengan pensyarah dan suasana kampus yang mesra OKU banyak membantuny­a membiasaka­n diri dengan tempat pengajian dan proses pembelajar­an dengan cepat.

Terus berusaha

“Walaupun pergerakan agak terbatas, saya selalu berkata kepada diri supaya jangan berhenti mencuba. Saya perlu ambil peluang yang ada dan terus berusaha,” kata anak sulung daripada dua beradik itu.

Beliau yang berhasrat menyambung pengajian peringkat Sarjana Sains (Pengajian Strategi) di UUM, berkata kecemerlan­gannya dalam pelajaran turut dikongsi mahasiswa lain apabila aktif dalam Kelab Platinium UUM.

“Dalam kelab ini, saya berkongsi cara mengulang kaji pelajaran, selain memberi idea agar UUM dapat melahirkan lebih ramai graduan cemerlang,” katanya yang bercitacit­a menjadi pensyarah.

Bapa meninggal dunia

Sementara itu, penerima Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Matematik Perniagaan), Salehah, 23, menerima ujian berat apabila bapanya yang menghidap sakit jantung, Ibrahim Thamdon, 62, meninggal dunia enam jam sebelum beliau menggengga­m ijazah, kelmarin.

Bapanya meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tuanku Fauziah di Kangar, Perlis jam 7.50 pagi.

Salehah yang bekerja sebagai perunding pendidikan, tenang ketika menerima ijazah yang disampaika­n Mohamed Mustafa.

“Ketika bapa dirawat di hospital di Johor, arwah berulang kali melahirkan rasa bimbang tidak sempat melihat saya menerima ijazah... tak sangka ia menjadi kenyataan.

“Saya reda dengan pemergiann­ya walaupun tidak sempat menghadiri pengebumia­n jenazah bapa di Kluang, Johor,” katanya.

 ?? [FOTO NORAZURA ABDUL MANAF/BH] ?? Mohd Noor Fakhrullah menerima anugerah daripada Mohamed Mustafa pada majlis Konvokesye­n UUM, di Sintok, semalam.
[FOTO NORAZURA ABDUL MANAF/BH] Mohd Noor Fakhrullah menerima anugerah daripada Mohamed Mustafa pada majlis Konvokesye­n UUM, di Sintok, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia