Berita Harian

Polis siasat dakwaan jual soalan SPM

Kementeria­n Pendidikan ambil tindakan undang-undang jika tuduhan tak benar

- Oleh Shamsul Kamal Amarudin

Kementeria­n Pendidikan membuat laporan polis berhubung dakwaan wujud sindiket penjualan soalan peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini.

Laporan berkenaan dibuat di ibu negara, semalam.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata laporan polis dibuat kerana dakwaan berkenaan adalah serius dan jika tidak benar, tindakan perlu diambil ke atas pihak yang menyebarka­n tohmahan itu.

“Kami nak tengok dakwaan itu (betul atau tidak) sebab ini perkara serius yang didakwa oleh kumpulan tertentu.

“Ini dakwaan yang boleh diambil tindakan ( jika tidak benar),” katanya selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ahmad Boestamam di sini, semalam.

Beliau mengulas laporan akhbar berbahasa Cina kelmarin, yang mendakwa berlaku kegiatan penjualan kertas soalan SPM yang turut membabitka­n pegawai Kementeria­n Pendidikan.

Mahdzir tidak menolak kemungkina­n kementeria­nnya mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang membuat tuduhan itu termasuk akhbar berkenaan jika siasatan mendapati laporan media itu tidak berasas.

Rabu lalu, Kementeria­n Pendidikan menafikan berlaku kebocoran kertas peperiksaa­n Sejarah Kertas 1 dan 2 seperti disebarkan melalui media sosial.

Kuasai teknologi digital

Terdahulu, berucap pada majlis makan tengah hari di sekolah berkenaan, Mahdzir mengingatk­an guru dan pelajar bahawa mereka akan menghadapi masalah pada masa depan jika gagal menguasai teknologi digital.

 ?? [FOTO L MANIMARAN/BH] ?? Mahdzir menandatan­gani plak perasmian Galeri Emas ketika melawat SMK Ahmad Boestamam di Sitiawan, semalam.
[FOTO L MANIMARAN/BH] Mahdzir menandatan­gani plak perasmian Galeri Emas ketika melawat SMK Ahmad Boestamam di Sitiawan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia