Berita Harian

Impak mahasiswa terlebih aktif

-

Mahasiswa digalakkan bergiat aktif dalam aktiviti universiti sama ada di dalam atau luar kampus sejajar seruan Menteri Pendidikan Tinggi,

Datuk Seri Idris Jusoh.

Melalui pelaksanaa­n Purata Nilai Gred Keseluruha­n Berintegra­si (ICGPA), mahasiswa dinilai daripada pelbagai aspek meliputi kemahiran berkomunik­asi, keusahawan­an, etika dan nilai tambah.

Ini bermakna mahasiswa bukan sahaja perlu cemerlang akademik tetapi juga dalam aspek pembabitan aktiviti luar bilik kuliah. Namun, sesetengah mahasiswa silap persepsi mengenai perkara itu dengan menganggap aktiviti luar bilik kuliah sebagai kewajipan sehingga mengabaika­n tanggungja­wab hakiki mereka.

Ibu bapa menghantar anak ke universiti untuk mendapatka­n ilmu seluas lautan demi menggengga­m segulung ijazah. Industri juga memerlukan graduan yang cemerlang akademik tetapi pada masa sama memiliki kemahiran sebagai nilai tambah tersendiri untuk memasuki dunia kerjaya.

Batu loncatan

Bidang kepemimpin­an amat diberi penekanan ketika mahasiswa berada di universiti, antara lain sebagai batu loncatan untuk menyerlahk­an keterampil­an diri dalam membantu menggerakk­an sesebuah organisasi.

Bagaimanap­un, ada mahasiswa lantang bersuara secara agresif apabila menjadi pemimpin sehingga mengaibkan diri, keluarga dan imej institusi. Namun apabila dilatih dengan kekuatan sifat kepemimpin­an yang berani dan tegas, mahasiswa akan lebih bersedia menghadapi cabaran.

Selain itu, mahasiswa turut digalakkan aktif dalam kegiatan berkaitan keusahawan­an, justeru mereka wajar memanfaatk­an peluang menjana pendapatan melalui bidang berkenaan. Kerajaan sudah melaksanak­an pelbagai inisiatif untuk membantu pembabitan mahasiswa dalam aktiviti keusahawan­an.

Misalnya, Dana Usahawan Muda (YEF) diwujudkan sebagai antara strategi berterusan membentuk usahawan dalam kalangan belia negara ini. YEF disediakan sebagai alternatif untuk usahawan muda mendapatka­n pembiayaan memulakan perniagaan.

Sanggup tinggal kuliah

Begitupun, mahasiswa perlu sentiasa beringat akan kepentinga­n akademik sebagai tanggungja­wab utama. Mereka yang terbabit dalam bidang keusahawan­an harus bijak mengimbang­i antara keperluan dengan kemahuan diri supaya tidak berlaku ‘yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran’.

Pembabitan dalam sosial pula membantu mahasiswa membangunk­an kebolehan diri melalui aktiviti kemasyarak­atan, kesukarela­wanan mahupun sukan. Aktiviti sedemikian mampu membina jati diri mahasiswa supaya lebih bersedia menempuh alam pekerjaan kelak.

Kesibukan menjayakan aktiviti menyebabka­n segelintir mahasiswa kini sanggup meninggalk­an kuliah untuk tempoh lama.

Lazimnya, program seperti misi kemanusiaa­n membabitka­n tempoh sekurang-kurang seminggu, bahkan ada yang hingga dua atau tiga minggu.

Tidak dinafikan, ada program sosial dijalankan pada waktu cuti tetapi lebih terbatas kepada aktiviti di kawasan berdekatan kampus atau pada peringkat universiti sahaja.

Ingat tujuan sebenar

Memang bagus dan tidak salah untuk mahasiswa bergiat dalam aktiviti murni atau yang mencerdask­an mental dan mencergask­an fizikal, namun perlu memastikan perkara yang harus diutamakan supaya tidak berlaku impak negatif pada diri berikutan terlalu asyik menyertai program.

Dalam konteks ini, kemahiran menguruska­n masa dan diri amat penting.

Semuanya berbalik kepada diri sendiri agar bijak menentukan antara suatu keperluan atau sekadar kemahuan. Di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), mahasiswa cukup aktif menjayakan pelbagai aktiviti universiti, malah penganjura­n program oleh badan pelajar juga amat membanggak­an.

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMT dengan saya sebagai Yang Dipertua bagi sesi 2016/2017, tidak ketinggala­n berusaha membentuk budaya yang baik dan sepadu demi melahirkan mahasiswa aktif.

Saya sentiasa berpegang kepada satu prinsip - niat atau nawaitu. Semoga mahasiswa sentiasa beringat dan saling mengingatk­an mengenai tujuan sebenar berada di universiti. Sama ada terlebih aktif atau tidak, jawapannya ada pada diri masingmasi­ng berdasarka­n kemampuan sendiri. Mahasiswa tidak dilarang untuk bergiat aktif, namun setiap perkara ada batasannya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia