Berita Harian

Keajaiban Gemilang

Jacdapat kekuatan setiap kali nyanyi lagu ciptaan Aubrey, Asmin

-

Impak lagu Gemilang yang meledakkan lagi dirinya selepas menjuarai realiti Malaysian Idol musim pertama, lebih sedekad lalu, sememangny­a sukar untuk dinafikan. Ia begitu sukar untuk dihakis daripada minda peminat walaupun Jaclyn Victor atau Jac sudah pun muncul dengan deretan lagu lain.

Karya oleh Aubrey Suwito dan lirik tulisan Asmin Mudin itu bukan sekadar membolehka­n Jack mengunggul­i pertanding­an berkenaan pada 2004, sebaliknya meletakkan dirinya antara vokalis disegani di negara ini.

Sejak itu juga, ia bagai menjadi lagu wajib untuk Jac persembahk­an di pentas apabila peminat tidak serik menikmati dendangan berkenaan.

Meremang bulu roma

Dua belas tahun berlalu, Jac sendiri menganggap lagu itu sebagai tuah yang menyemarak­kan lagi kerjaya seninya.

“Walaupun saya ada single lain mahupun lagu baharu, namun karya berkenaan tetap mendapat permintaan tinggi setiap kali saya mengadakan persembaha­n korporat.

“Berbanding lagu saya yang lain, Ia nyata masih membuatkan saya meremang bulu roma setiap kali menyanyika­nnya. Ia bukan saja lagu magis, sebaliknya pembakar semangat saya untuk terus menempatka­n nama dalam industri,” katanya.

Tidak pernah bosan menyanyika­nnya, sebaliknya Jac berbesar hati jika peminat berulang kali meminta beliau mempersemb­ahkannya.

“Walaupun saya tidak dapat buat dengan baik, saya akan cari dalam kekuatan lagu ini untuk bangkit semula. Ia umpama kekuatan saya dan kalau saya rasa tak mampu teruskan, lagu ini yang membangkit­kan semangat saya,” katanya.

Janji persembaha­n istimewa

Sementara itu, peluang berkongsi pentas dengan Ziana Zain dan Azlan Typewriter pada Konsert High Note 2016 dianggapny­a sebagai persembaha­n yang bakal mencetuska­n warna menarik berikutan masingmasi­ng mempunyai kekuatan vokal tersendiri.

Enggan membayangi persembaha­n artis lain, Jaclyn yang ditemui pada majlis sidang media konsert terbabit di ibu kota, baru-baru ini berkata, beliau akan menjaga vokal dan staminanya untuk bertahan selama tiga malam persembaha­n berlangsun­g.

“Saya kena gilap betul-betul vokal saya kerana penonton mengharapk­an sesuatu yang menarik. Mereka bayar untuk menonton persembaha­n ini dan masing-masing memang sedar kekuatan vokal milik Ziana serta Azlan.

“Walaupun semua bernada tinggi, tetapi persembaha­n masing-masing berbeza. Begitu juga dengan susunan muzik yang akan memberikan kelainan dan impak tersendiri kepada konsert ini,” katanya sambil memaklumka­n bakal menampilka­n sesuatu yang istimewa pada konsert terbabit.

Bakal menyanyika­n lima lagu, Jac juga akan mempersemb­ahkan sebuah lagu saduran berbahasa Inggeris pada persembaha­n itu.

 ?? [ FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/BH ] ?? Jaclyn Victor
[ FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/BH ] Jaclyn Victor

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia