Berita Harian

The Champion sasar lahir pemanah terbaik Selangor

- Oleh Norrasyida­h Arshad

Shah Alam: Kejohanan Memanah 'The Champion' Petaling Perdana 2016 yang julung kali diadakan di Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong (SKBJ) di sini, bermatlama­t untuk melahirkan atlet memanah Selangor.

Yang Dipertua SKBJ, Wolfpack Archery merangkap pengurus kejohanan terbabit, Wan Muhammad Nasri Wan Mokhtar, berkata kejohanan itu yang turut disertai beberapa sekolah sekitar Selangor dilihat berjaya melahirkan beberapa peserta yang berpotensi dalam sukan memanah.

Selama tiga hari kejohanan ini berlangsun­g, kami dapat melihat empat atau lima pelajar yang mempunyai bakat dan peluang cerah dalam acara ini.

"Mungkin ini permulaan yang baik untuk membantu Selangor mendapat nama bagi acara ini pada masa akan datang," katanya semalam.

Peringkat lebih tinggi

Seramai 105 murid berusia dari tujuh hingga 15 tahun yang belajar di sekitar Selangor menyertai pertanding­an itu.

Ia membabitka­n empat kategori iaitu Champion, Bawah 15, Bawah 12 dan Bawah 10.

Wan Muhammad Nasri berkata, pihaknya menyasarka­n peserta di bawah kategori Champion akan diketengah­kan ke peringkat lebih tinggi.

Sementara itu, juara kategori Champion, Raif Naufal Rudino, 11, berkata faktor utama yang membantu dirinya meraih tempat pertama kerana fokus dan tenang ketika pertanding­an.

Katanya, pelajar yang mahu menyertai atau meminati sukan memanah harus melatih diri untuk memberi perhatian penuh pada sesuatu perkara selain sentiasa berada dalam keadaan tenang.

"Saya mahu melangkah lebih jauh lagi dalam bidang ini kerana sukan memanah juga membantu saya lebih fokus pada pelajaran," katanya.-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia