Berita Harian

Keringat Samnuhair berbaloi

Peroleh ilmu berharga biarpun terpaksa tanggung kos besar hasilkan single

-

Berhabis hampir RM100,000 demi menerbitka­n single Kau Menjauh, bekas peserta Akademi Fantasia (AF), Samnuhair tetap menganggap pengalaman getir yang ditempuhi berbaloi.

Dipermaink­an beberapa individu selain terpaksa meminjam daripada bapa, Samnuhair yang dulu dikenali sebagai Nuha AF,

yakin dirinya beroleh ilmu yang sangat bernilai.

“Tidak tahulah apa yang saya lalui selama ini logik atau tidak. Memang terlalu besar cabaran yang ditempuhi dalam menghasilk­an

single Kau Menjauh.

“Sebelum ini saya keseoranga­n tanpa ilmu. Bagaimanap­un, saya tidak boleh menunggu seseorang memberikan saya lagu. Saya perlu bergerak sendiri tetapi tidak tahu ke mana arah hendak dituju,” katanya kepada HIP.

Terus berkongsi pengalaman, Samnuhair memberitah­u, mujurlah dia menyimpan koleksi lagu yang dicipta sejak berusia 17 tahun.

“Single Kau Menjauh

dihasilkan semula bersama sahabat saya.

Saya membawa lagu itu ke sana dan ke mari tetapi tiada yang sudi berkongsi ilmu proses menerbitka­n sesebuah lagu,” katanya.

Enggan mengalah, Samnuhair terus mencari jalan biarpun pengorbana­n yang dibuat dibalas air mata.

“Saya pernah terfikir untuk mengalah selepas kecewa dan tertipu.

Semua duit simpanan sudah dihabiskan untuk menerbitka­n single ini. Untuk berjumpa orang pun perlu ada duit, apatah lagi untuk meminta bantuan mereka dari A hingga Z.

Air mata menitis

“Saya kembali menjadi kuat selepas ayah mengeluark­an duit simpananny­a. Ayah menyuruh saya menyiapkan lagu itu,” katanya yang tidak menafikan single yang dihasilkan menelan kos yang cukup besar.

Biarpun berdepan ujian, Samnuhair tidak menyesal dengan apa yang berlaku,

Malah, lagu Kau Menjauh dirakamkan dengan penuh penghayata­n kesan daripada kisah yang dilalui, selain kesedaran mahu bangkit kembali.

“Biarpun kisah dalam lagu itu bukan cerita peribadi, namun itulah pengalaman yang dilalui ketika kita berada di bangku sekolah. Ini bererti ceritanya adalah realiti dan memberi inspirasi kepada pendengar,” katanya.

Mengenang kembali detik merakamkan single berkenaan, Samnuhair berkata, air matanya tidak henti-henti menitis apabila proses memasukkan suara bermula.

“Ketika merakamkan lagu Kau Menjauh, saya terpaksa memasukkan perjalanan dan cabaran yang dilalui seperti pengorbana­n ayah dalam emosi.

“Ketika itu, air mata saya tidak henti-henti mengalir sehingga berasakan lagu berkenaan cukup istimewa,” katanya yang bernaung di bawah pengurusan syarikat

Sony Music dan boleh dihubungi menerusi info@ joeprcinte­rnational.com.

 ?? [ FOTO AZIAH AZMEE /BH ] ??
[ FOTO AZIAH AZMEE /BH ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia