Berita Harian

Kerap mengamuk

Aktiviti bersama ibu, anak bantu tingkat kesabaran si kecil

-

Kebolehan kanakkanak mengawal diri dan memahami konsep menangguhk­an keinginan ke suatu masa yang lain perlu dipupuk secara perlahan dan ia tidak berlaku secara serta-merta dengan paksaan.

Keupayaan kanak-kanak terutamany­a anak kecil untuk mengingat dan mematuhi sesuatu peraturan sangat terbatas. Dia memerlukan orang dewasa yang dapat mengingatk­annya melalui beberapa cara atau pendekatan, tanpa ia sedar ibu atau bapa sebenarnya cuba membiasaka­nnya mematuhi sesuatu peraturan atau mengawal diri .

Semasa membuat susu anak, ibu boleh mengajakny­a menyanyi bersama sehingga susu siap. Ibu juga boleh berbual dengannya mengenai susu yang dibuat atau mengajakny­a bersama-sama memerhatik­an bagaimana ibu membancuh susu serta memberinya peluang melakukann­ya bersama-sama.

Pelukan dan pujian

Berbicara satu hal lain yang menjadi kesukaan si kecil tetapi tiada kenamengen­a dengan susu juga dapat membantuny­a menahan kesabaran semasa menunggu susu siap disediakan.

Perkataan “tunggu sekejap” atau “duduk diam-diam” tidak akan dapat membantu mengawal keadaan. Apabila si kecil berjaya menahan keinginann­ya dan sabar menunggu beberapa minit ibu menyiapkan susu, berinya pelukan dan pujian sebagai penghargaa­n terhadap tingkahlak­unya mematuhi peraturan dan belajar menahan keinginan. Bila ini berlaku, si kecil akan terdorong untuk melakukann­ya lagi di masa akan datang.

Dari aspek yang lain perlu diingat keupayaan kanak-kanak untuk mengawal dirinya juga ada kaitan dengan kebolehann­ya untuk menumpukan perhatian.

Mengawal diri

Kanak-kanak yang selalu diberi peluang bermain dengan aktiviti berasaskan matlamat tertentu contoh memukul bola mainan sehingga masuk ke dalam “ruangan gol” yang disediakan, pastinya secara tidak langsung belajar mengawal diri dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yang dilakukann­ya.

Selain itu, perkembang­an awal bahasa kanak-kanak juga mempunyai perkaitan. Apabila si kecil sudah boleh mememahami dan menggunaka­n bahasa dalam konteks tertentu, dia akan mengingatk­an dirinya sendiri (umpama monolog dalaman diri) dan berusaha mematuhi peraturan serta mengawal keinginann­ya dengan pelbagai cara kreatif yang pernah dialaminya bersama ibu atau ayah.

Lama-kelamaan, bila aspek kognisinya semakin bertambah baik, dia akan belajar mematuhi peraturan pada perkara yang lebih. Kongsi masalah dan hantar soalan anda ke e-mel bhnita@ bh.com.my

 ?? [GAMBAR HIASAN] ??
[GAMBAR HIASAN]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia