Berita Harian

Aspirasi Greater KL sebagai tunjang pertumbuha­n negara

-

Kuala Lumpur yang dahulunya sebuah pekan perlombong­an bijih timah yang dikeliling­i dengan hutan tebal, kini berubah menjadi kota metropolit­an yang serba moden. Transforma­si ketara yang mengubah dinamik Kuala Lumpur pada hari ini dilihat sebagai simbol aspirasi dan kemegahan negara.

Peri pentingnya kemajuan Kuala Lumpur sebagai enjin pertumbuha­n ekonomi Malaysia sememangny­a tidak dapat dinafikan. Fakta pokok ini menjadi semakin ketara sejak kerajaan meletakkan sasaran untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju menjelang 2020.

Justeru, bertitik tolak daripada matlamat itulah, maka kerajaan pada 2010 telah menjadikan Greater Kuala Lumpur (Greater KL) sebagai salah satu Bidang Utama Ekonomi Negara (NKEA) di bawah Program Transforma­si Nasional iaitu satusatuny­a NKEA yang bersifat lokasi daripada 11 NKEA yang lain yang bersifat industri.

Di bawah pelan NKEA, buat pertama kalinya kawasan sekitar Kuala Lumpur yang dikenali sebagai Lembah Klang, berubah menjadi pelan holistik bandar raya tunggal.

Sebanyak 9 munisipali­ti di Selangor digabungka­n bersama. Namun ia tidak boleh dikeliruka­n dengan ciri metropolit­an lain seperti Greater London yang mempunyai sebuah kerajaan tempatan tersendiri. Greater KL adalah satu pelan ekonomi yang bersifat geografik bagi membentuk sebuah metropolit­an yang bersepadu.

Sememangny­a persaingan untuk bakat dan pelaburan adalah semakin sengit di antara bandar raya dunia. Oleh yang demikian, kita tidak harus leka dengan kemegahan pencakar langit yang sedia ada kerana banyak kota lain yang kian pesat membangun.

Maka bagi menjamin Greater KL kekal kompetitif, Greater KL dirancang untuk mencapai 4 matlamat utama; iaitu meningkatk­an jumlah penduduk melalui proses konurbasi, meningkatk­an peratusan sumbangan kepada pendapatan negara kasar, menarik bakat terbaik dan meningkatk­an tahap daya huni.

4 kategori projek inisiatif

Bagi mencapai matlamat ini, 4 kategori projek inisiatif (EPP) di bawah NKEA telah direncanak­an. Pertamanya, menjadikan Greater KL sebagai magnet pelaburan dan bakat melalui usaha menarik syarikat multinasio­nal dan juga bakatbakat terbaik dunia. Kedua, memperting­katkan jaringan pengangkut­an awam. Ketiga, menambah mutu infrastruk­tur awam bagi meningkatk­an tahap daya huni dan keempat menjamin kelestaria­n bandaraya melalui inisiatif mengoptimu­mkan sumber.

Usaha menarik syarikat multinasio­nal (MNC) ke Greater KL bukanlah satu pelan strategi yang baharu. Namun tidak banyak di antara syarikat multinasio­nal ini mempunyai hab serantau sebenar mereka di Greater KL. Yang dikatakan hab serantau ialah apabila kepala pem buat keputusan sesebuah MNC itu beserta dengan penjawat eksekutif lain berada di sesebuah lokasi itu. Untuk sekian lamanya Singapura ataupun Hong Kong menjadi pilihan MNC ini.

Menyedari hakikat ini kerajaan menubuhkan Investkl iaitu salah satu EPP yang ditubuhkan hasil daripada NKEA bagi tujuan untuk menarik pelaburan daripada MNC. Investkl dipertangg­ungjawabka­n untuk menarik 100 MNC terbesar dunia untuk melabur di Greater KL menjelang 2020.

Sejak penubuhann­ya, Investkl pada hari ini dengan sokongan agensi pelaburan lain seperti MIDA dan MDEC berjaya menarik lebih daripada 50 MNC dari benua Amerika, Eropah dan Asia Timur untuk membuka operasi serantau mereka. Kekuatan sokongan ekosistem Greater KL dari segi pentadbira­n perniagaan, bakat, inovasi, percukaian dan sebagainya menjadi faktor utama mendorong MNC ini ke sini meskipun direntangi kemelut geopolitik dan ekonomi mencabar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia