Berita Harian

‘Projek Taman Tugu bukan bermotif untung’

- Oleh Mahanum Abdul Aziz dan Lum Chee Hong

Pelaksanaa­n projek pemulihara­an hutan Taman Tugu bukan bermotifka­n keuntungan, sebaliknya ia memberi manfaat kepada rakyat negara ini, tegas Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd, Tan Sri Azman Mokhtar.

Beliau berkata, pelancaran projek berkenaan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini, menimbulka­n sedikit kekeliruan sebilangan pihak.

“Projek Taman Tugu ini adalah projek yang menarik. Ia bukan bermotif keuntungan semata-mata, sebaliknya memberi manfaat kepada rakyat.

“Justeru, rakan setugas saya akan memberi penjelasan mengenai projek ini (pada forum ini) yang mana bagi kami ia sangat menarik,” katanya pada Forum Megatrends Khazanah 2016 di Kuala Lumpur, semalam.

Bina pusat Khazanah ILMU

Azman berkata, Khazanah yang menjadi peneraju projek itu akan membina pusat Khazanah ILMU di taman berkenaan.

Beliau berkata, pusat berkenaan akan menjadi pusat pengetahua­n dan pembanguna­n pembelajar­an yang mana boleh diakses oleh orang ramai secara percuma.

Projek Taman Tugu yang terletak di atas tanah seluas 26.7 hektar itu bertujuan menambah tempat riadah serta menyediaka­n ruang ilmu dan pembelajar­an interaktif mengenai alam sekitar menelan kos RM650 juta.

Apabila siap kelak, ia dibahagika­n kepada empat segmen iaitu keluarga dan komuniti, pembelajar­an dan pendidikan, aktiviti luar serta tapak bersejarah.

Mengulas mengenai Forum Khazanah Megatrends 2016, Azman berkata, forum itu adalah penganjura­n kali ke-12 dengan bertemakan

42 pakar sertai forum

Beliau berkata, seramai 42 pemimpin dan pakar dalam pelbagai bidang menghadiri forum itu bagi membincang­kan corak aliran utama pelaburan global ketika ini.

Katanya, tema itu dipilih memandangk­an Malaysia mempunyai banyak kelebihan dari segi geografi dengan terletak di kawasan yang mencatatka­n pertumbuha­n pesat, lokasi yang strategik, kaya sumber asli dan mempunyai jumlah penduduk muda yang tinggi.

“Justeru, pada forum ini kita akan membincang­kan mengenai kelebihan yang ada ini digunakan sebaik mungkin dari segi tadbir urus, kepimpinan dan pengawasan,” katanya.

 ??  ?? Azman berucap pada Forum Megatrends Khazanah 2016 di Kuala Lumpur, semalam.
Azman berucap pada Forum Megatrends Khazanah 2016 di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia