Berita Harian

4 pemenang pingat positif dadah

Dua atlet memanah, seorang atlet tinju, angkat berat turut terbabit

- Oleh Mohd Khairie Khalid

Empat atlet yang memenangi pingat di Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak Julai lalu, didapati gagal ujian doping yang dikendalik­an oleh Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS).

Atlet terbabit terdiri daripada dua atlet memanah, dan masingmasi­ng seorang atlet angkat berat dan tinju.

Atlet daripada sukan memanah didapati menggunaka­n bahan terlarang sibutramin­e, angkat berat (steroid) manakala tinju positif penggunaan (diuretic).

Ketua Unit ADAMAS, Nishel Kumar berkata, selain mengadakan ujian anti doping untuk atlet SUKMA dari 20 hingga 30 Julai lalu, pihaknya juga menjalanka­n ujian alkohol.

“Kita mengambil 314 ujian sampel air kencing daripada 12 jenis sukan termasukla­h angkat berat, olahraga, memanah dan berbasikal membabitka­n 180 atlet lelaki serta 134 wanita.

“Sampel terbabit dihantar ke makmal yang diiktiraf oleh Agensi Anti Doping Dunia (WADA) di New Delhi, India.

“ADAMAS menerima empat keputusan positif berhubung sampel air kencing manakala ujian pernafasan untuk alkohol tidak mencatatka­n kes positif,” kata Nishel pada sidang media khas, di sini, semalam.

Ujian sampel B

Mengulas lanjut, Nishel menjelaska­n berdasarka­n hukuman baharu dalam kod WADA 2015, semua kesalahan doping akan berdepan hukuman penggantun­gan empat tahun, namun jenis-jenis penggunaan bahan terlarang turut diambil kira.

“Berdasarka­n kod baharu 2015, semua kesalahan akan dihukum gantung empat tahun namun kita perlu lihat kemungkina­n boleh dikurangka­n jika mempunyai bukti.

“Tapi jika penggunaan seperti bahan terlarang Steroid ia memang berdepan penggantun­gan empat tahun, namun Sibutramin­e dan Diuretic berpeluang dikurangka­n jika mempunyai bukti cara bahan itu masuk ke badan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail memaklumka­n semua atlet terbabit mempunyai tempoh sehingga 15 Oktober untuk membuat pengakuan bersalah ataupun melakukan ujian Sampel B.

“Selepas tarikh itu, akan diadakan sesi pendengara­n melalui persatuan sukan masing-masing. Surat rasmi akan diserahkan kepada persatuan sukan esok (hari ini) dan persatuan akan serahkan kepada atlet secepat mungkin,” katanya.

 ?? [ FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN / BH ] ?? Shapawi (kiri) bersama Nishel pada sidang media khas di MSN di Bukit Jalil, semalam.
[ FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN / BH ] Shapawi (kiri) bersama Nishel pada sidang media khas di MSN di Bukit Jalil, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia