Berita Harian

Pescao harap PETRONAS teruskan tajaan

Barry percaya pelumba itu perlukan setahun lagi tuai hasil

- Oleh Sukhairi Thani

Pengurus pasukan PETRONAS Raceline, Barry Leong berharap anak didiknya Hafizh Syahrin Abdullah dapat terus beraksi untuk musim Moto2 di Kejuaraan Motosikal Dunia 2017 selain meletak impian supaya penaja utama, PETRONAS meneruskan tajaannya.

Pada pandangan Barry, pelumba berusia 22 tahun itu masih memerlukan sekurang-kurangnya setahun lagi bagi mendapatka­n hasil yang lebih baik berbanding musim sebelumnya.

“Sasaran saya ialah Moto2 tetapi kita perlu berbincang dengan penaja... sekiranya semuanya OK, kita akan teruskan.

“Kita tahu situasi semasa yang berlaku dalam (pasaran) harga Qatar Argentina Amerika Syarikat

Espana Perancis

Itali Catalunya minyak yang mengganggu bajet tetapi kita harap dapat melakukan sesuatu untuk tahun depan,” kata Barry.

Kelompok 10 terbaik

Sejak mula menyertai Moto2 secara sepenuh masa pada tahun 2014, prestasi Hafizh atau dikenali sebagai Pescao sudah menunjukka­n peningkata­n terutamany­a dalam kutipan mata keseluruha­n.

Pada 2014, Hafizh mengumpul 42 mata untuk berada di tangga ke-19 sebelum menunjukka­n peningkata­n pada tahun berikutnya dengan meraih 64 mata keseluruha­n (tangga ke-16).

Dan setakat 14 pusingan perlumbaan musim ini, dia sudah pun berjaya melepasi sasaran pasukan iaitu mengatasi kutipan mata keseluruha­nnya tahun lalu dengan 103 mata.

“Pasukan sudah melepasi sasaran namun kami tak akan perlahanka­n rentak. Kami akan terus bertarung bagi mendapatka­n lebih banyak mata.

“Apa yang penting sekarang ini sehingga pusingan terakhir di Valencia nanti, kami mahu Hafizh kekal kompetitif, berdaya saing dalam perlumbaan dan dapat mencabar kelompok hadapan.

“Daripada situ, dia akan dapat belajar dengan lebih banyak lagi. Jadi apabila menamatkan musim dengan begini (kompetitif), saya fikir pada permulaan musim depan, dia akan bermula dengan lebih kuat.”

Selain sudah melepasi sasaran mengatasi kutipan mata keseluruha­n musim lalu, Hafizh juga semakin hampir untuk mencapai satu lagi tugasan diberikan iaitu menamatkan saingan musim ini dengan berada dalam kelompok 10 pelumba terbaik.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia