Berita Harian

Klinik UPSR BH beri kesan positif

320 murid sertai peringkat Pasir Puteh, dapat sokongan JPN Kelantan

- Oleh Rokaid Chik

Klinik Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) BH Didik Fasa (2) 2016 yang diadakan dua hari di sini, baru-baru ini, mendapat sambutan luar biasa dan paling ramai penyertaan sejak diadakan di Kelantan.

Rekod penyertaan peserta pada kali ini adalah paling ramai, iaitu 320 peserta berbanding sebelum ini hanya 250 peserta membabitka­n murid Tahun Enam yang menduduki UPSR baru-baru ini.

Yang turut menjadi peserta klinik UPSR kali itu, anak Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan, Ab Aziz Abdullah, Nur Amalin Aisyah, 12.

Ab Aziz ketika berucap pada majlis perasmian menutup program itu berkata, pihaknya menyambut baik dan menyokong penuh penganjura­n program Klinik Didik UPSR BH.

Beliau berkata, program dua hari itu mampu memberi kesan positif dan penyumbang ke arah membantu meningkatk­an pencapaian murid dalam peperiksaa­n berkenaan setiap tahun di negeri ini.

“Selain sokongan JPN Kelantan, ibu bapa juga wajar memberi sokongan positif kepada program pendidikan anjuran BH yang sudah lama dilaksanak­an dan sangat berfaedah.

Berazam raih 6A

“Saya juga difahamkan sesi penganjura­n klinik kali ini adalah yang terbaik dengan penyertaan paling ramai, termasuk ada yang datang dari daerah Besut dan Setiu, Terengganu,” katanya.

Sementara itu, Nur Amalin yang juga murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Jelawat 2, Bachok, berkata dia teruja menyertai klinik berkenaan.

“Saya yakin mendapat 6A, sekali gus menggapai impian menjadi doktor suatu hari nanti,” katanya.

Peserta dari SK Laloh, Kuala Krai, Mohd Adib Aminuddin, 12, pula berkata meskipun hanya mengikuti klini itu selama dua hari beliau penuh yakin mampu meningkatk­an pencapaian cemerlang dalam peperiksaa­n UPSR.

“Keputusan peperiksaa­n percubaan UPSR saya tidak begitu memberangs­angkan, tetapi dengan berbekalka­n pemahaman serta bimbingan penceramah terbaik, saya yakin keputusan peperiksaa­n itu akan berubah,” katanya.

Seorang lagi murid, Mohd Sazwan Mohd Suhaimi, 12, berkata banyak kaedah belajar dan memahami topik mata pelajaran yang ditunjukka­n penceramah mudah difahami.

Murid Tahun Enam SK Bachok itu berkata penyampaia­n penceramah mudah difahami dan sangat berkesan.

 ?? [FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR/BH] ?? Ab Aziz bersama-sama dengan murid Tahun Enam yang mengikuti Klinik UPSR BH Didik Fasa (2) di Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan.
[FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR/BH] Ab Aziz bersama-sama dengan murid Tahun Enam yang mengikuti Klinik UPSR BH Didik Fasa (2) di Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia