Berita Harian

Tingkat keselamata­n murid

Kementeria­n Pendidikan guna khidmat RELA kawal lalu lintas di sekolah

- Oleh Magendran Rajagopal dan Nor Raidah Awang

Kementeria­n Pendidikan menerima tawaran Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) untuk guna khidmat Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) bagi mengawal lalu lintas di sekolah, sekali gus meningkatk­an keselamata­n murid.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Mohamed Khair Yusof, berkata tawaran daripada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, itu akan diselarask­an dengan kadar segera.

“Kementeria­n Pendidikan memandang serius kemalangan dan keselamata­n murid di jalan raya ketika pergi dan balik dari sekolah berikutan beberapa kemalangan termasuk yang mengakibat­kan maut, berlaku sejak kebelakang­an ini.

“Berhubung tawaran KDN, pihak kami sudah mengarahka­n Bahagian Pengurusan Sekolah Harian untuk adakan pertemuan secepat mungkin dengan RELA dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membincang­kan kaedah terbaik menangani isu ini.

Lokasi berisiko

“Ini termasuk mengenal pasti sekolah yang berada di lokasi berisiko tinggi kemalangan di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Di Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanath­an, berkata selain RELA, kementeria­n juga sedang meneliti cadangan menggunaka­n

Batu Kurau:

khidmat polis trafik supaya langkah sewajarnya dapat dilaksanak­an dalam masa terdekat.

“Selain itu, kita ada Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang membolehka­n kerjasama dengan Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Kementeria­n Pengangkut­an,” katanya kepada pemberita selepas menyempurn­akan majlis penyampaia­n dermasiswa The Holstein Milk Company Sdn Bhd (Holstein Milk Company) sebanyak RM200 seorang kepada 250 pelajar terpilih dari seluruh Perak di Sekolah Kebangsaan (SK) Toh Sajak di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia