Berita Harian

Jagu h k ota

M odel v ersatil tam pilkan keselesaan tun ggan gan

-

Sudah banyak motosikal BH Auto tunggang uji setakat ini. Dengan pengalaman yang ada, penulis sedikit sebanyak dapat mentafsir jentera mana yang terbaik antara terbaik.

Menyentuh kepada daya tujahan, KTM Duke 690 R tidak mampu ditandingi kerana ia terlalu berkuasa sesuai dengan beratnya hanya 149.5 kilogram.

Ketika menerima kunci di Ibu Pejabatktm Malaysia di Kota Damansara, penulis diberi sedikittak­limat oleh w akil syarikatsu­paya berhati-hati ketika memulas pendikitke­rana Duke

690 R amat‘pikap’.

Ternyata ‘amanat’itu benar sama sekali, sew aktu penulis memulas pendikit pada kedudukan gear satu, tujahan memang dapat dirasakan. Ia meluncur laju. Jika tidak dikaw al dengan baik mungkin kemalangan akan berlaku.

Dengan beratbadan ringan dan tinggi, ia membuatkan penunggang Duke 690 R akan berasa seperti menunggang ‘motorcross’.

Atasi kuasa tujahan

Dari segi kuasa tujahan dan pengambila­n selekoh, Duke 690 R mampu mengatasi beberapa model berkuasa tinggi yang lain, w alaupun pada konvoi biasa, mungkin ia akan ketinggala­n.

Tetapi sebaik penulis memulas pendikitse­cara agresif, ia menunjukka­n belang sebenarnya. Tidak hanya tayar hadapan boleh terangkat, malah tayar belakang juga sedikitter­gelincir tetapi kembali stabil apabila pendikitdi­lepaskan sedikitdan dipulas semula.

Dari segi pengendali­an, Duke 690 R ditaw arkan dengan pemegang lebar yang mana ia memberi keselesaan ketika menunggang, manakala apabila memecut, kedua-dua kaki boleh dikepit pada badan untuk memberikan lebih keselesaan apabila menunggang pada kelajuan sekitar 150 kilometer sejam (km/j) hingga 170 km/j.

Jika ditunggang pada kelajuan rendah, anda akan mendengar bunyi enjin agak bising. Ia seolah-olah menuntutpe­nunggang supaya memulas pendikit dengan lebih agresif lagi.

Ke le ngkapan b e rpre stasi

Sebenarnya, Duke 690 R iaitu model pemasangan tempatan (CKD) ini memiliki sedikitper­bezaan dengan Duke 690 biasa.

Antara perbezaann­ya ialah kelengkapa­n prestasi seperti ekzos Akrapovic, brek ABS Brembo, tempat duduk Pow erparts, suspensi WP dan pelbagai lagi bahagian lain.

Bukan sekadar penampilan, penggunaan kelengkapa­n prestasi ini juga menjadikan Duke

690 R lebih ringan dan berkuasa.

Enjin yang memberi kuasa pada Duke 690 R adalah unitsilind­er tunggal 690cc yang mempunyai kuasa keseluruha­n 70hp dan 70Nm.

Pengendali­an Duke

690 R memerlukan penunggang yang berani kerana memiliki motosikal ini bukannya untuk bersantai semata-mata, tetapi memanfaatk­an segala kelebihan yang dimilikiny­a.

 ?? [ F OTO ZAKY ZAINUDDIN/ BH ] ?? Rin gan dan mudah dikendalik­an.
[ F OTO ZAKY ZAINUDDIN/ BH ] Rin gan dan mudah dikendalik­an.
 ??  ??
 ??  ?? Kombin asi warn akeran gkadan gayanya. enjin yang menyerlahk­an
Kombin asi warn akeran gkadan gayanya. enjin yang menyerlahk­an
 ??  ??
 ??  ?? Paparan odometer digital daripada RPM dengan gaya ‘naked’. analog sesuai
Paparan odometer digital daripada RPM dengan gaya ‘naked’. analog sesuai
 ??  ?? Reka ben tuk yan g sesuai un tuk tunggangan bandar dan ‘off road’.
Reka ben tuk yan g sesuai un tuk tunggangan bandar dan ‘off road’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia