Berita Harian

Karnival imarah Masjid Al-ubudiah

-

Sokongan ahli kariah memungkink­an ‘roh’ Masjid Al-ubudiah, Kampung Tasek Tambahan, Ampang, sentiasa hidup dengan solat berjemaah serta kuliah agama setiap hari dengan dihadiri masyarakat setempat.

Lebih menggembir­akan ahli jawatankua­sa pengurusan masjid, penganjura­n sembilan kuliah agama untuk tempoh seminggu turut mendapat perhatian jemaah dari tempat lain bagi mengikuti majlis ilmu dan menimba pengetahua­n daripada topik dibicaraka­n.

Setiausaha Jawatankua­sa Masjid Al-ubudiah, Abdul Jalil Abdul Hamid, berkata selain program mingguan, turut dianjurkan pelbagai program yang boleh memberi keceriaan kepada penduduk sekitar untuk mengimarah­kan masjid.

“Antaranya program Karnival Geng Masjid kali keempat dianjurkan kumpulan anak muda yang mendapat sambutan menggalakk­an daripada 13 surau di sekitarnya. Program itu membantu menyatukan semua ahli kariah mengukuhka­n silaturahi­m sesama mereka,” katanya.

Naik motor lambat

Lari daripada acara karnival biasa dianjurkan pihak masjid, Karnival Geng Masjid menyediaka­n variasi aktiviti bagi mendamping­i masyarakat, khususnya golongan muda.

Tidak hanya membabitka­n program dakwah seperti kuliah dan forum agama, ruang legar masjid turut dimeriahka­n dengan aktiviti kemasyarak­atan yang sekali gus menjadi medan penyatuan penduduk sekitarnya.

Antara acara yang mendapat sambutan di luar dugaan adalah pertanding­an menaiki motosikal lambat berserban untuk lelaki.

Suasana pekarangan masjid kecoh dengan kehadiran peserta yang mengenakan serban, kopiah dan songkok menunjukka­n kemahiran mengawal motosikal dalam keadaan perlahan serta tidak termasuk di laluan pihak lawan.

Dapat sambutan

Selain itu, acara seperti futsal berkain pelekat yang diadakan di padang awam turut menjadi tumpuan terutama remaja, bahkan ia turut disertai pasukan pelajar tahfiz daripada sekolah berhampira­n.

Antara pengisian lain termasuk jualan pelbagai makanan, minuman dan produk oleh usahawan Islam, selain konsert kerohanian, pameran keselamata­n, pertanding­an memasak dan perkhidmat­an bekam.

Inisiatif penganjur, Geng Masjid dan ahli jawatankua­sa Masjid Alubudiah mempromosi­kan setiap aktiviti anjuran mereka di sosial media dilihat cukup membantu kerana sepanjang tiga hari acara berlangsun­g, ia dipenuhi ahli kariah serta orang ramai sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

 ?? [ FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN / BH ] ?? Orang ramai menyaksika­n pertanding­an menaiki motosikal lambat.
[ FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN / BH ] Orang ramai menyaksika­n pertanding­an menaiki motosikal lambat.
 ??  ??
 ??  ?? Kanak-kanak riang bermain di kawasan permainan disediakan.
Kanak-kanak riang bermain di kawasan permainan disediakan.
 ??  ?? Pameran ular menarik perhatian pengunjung.
Pameran ular menarik perhatian pengunjung.
 ??  ?? Tudung untuk anak kecil turut dijual.
Tudung untuk anak kecil turut dijual.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia