Berita Harian

Perluas cari bakat pelapis paralimpik

Khairy mahu lebih ramai anak muda kelainan upaya serlah potensi, jadikan sukan kerjaya

- Oleh Jumiati Rosly dan Syafiq Aznan

Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) bakal memperluas pencarian bakat untuk mencari pelapis atlet paralimpik sebagai langkah memperkasa­kan sukan itu di negara ini, kata menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Katanya, bagi mencapai sasaran itu pihaknya akan melaksanak­an beberapa program khusus bagi memberi peluang kepada anak muda kelainan upaya untuk menyerlahk­an potensi masing-masing sekali gus menjadikan sukan sebagai bidang kerjaya mereka.

“Saya akan gunakan peluang ini untuk memperluas program pencarian bakat kerana kita mahu menggalakk­an golongan ini khususnya anak muda supaya membabitka­n diri dalam bidang sukan.

Kisah ikonik

“Kalau atlet paralimpik mampu meraih emas di kejohanan berprestij sedemikian, tiada sebab untuk anak muda kelainan upaya yang lain tidak dapat mencapai prestasi sama.

“Selain itu, kita juga dalam perancanga­n memperkasa bidang kejurulati­han sukan paralimpik serta meluaskan skop pentadbira­n sukan itu,” katanya selepas sambutan ketibaan kontinjen Paralimpik Rio negara di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur di sini, semalam.

Khairy turut mengumumka­n kejayaan yang diraih atlet Paralimpik Rio akan dijadikan kisah ikonik sebagai inspirasi kepada rakyat Malaysia.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata semakan semula terhadap atlet yang tersenarai dalam Program Podium akan dimulakan pada hujung tahun ini.

“Penilaian terhadap atlet program terbabit akan diteliti berdasarka­n prestasi yang ditunjukka­n oleh mereka pada temasya Olimpik dan Paralimpik lalu.

“Jadi, sebarang penambahan terhadap Program Podium akan dibuat selepas kita membuat semakan semula ke atas senarai sedia ada,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia