Berita Harian

Kompany cedera lagi

Guardiola tidak pasti betapa serius kecederaan dialami pemain dari Belgium itu

-

Kapten Manchester City, Vincent Kompany mencetuska­n rasa gusar dalam kalangan penyokong kelab itu selepas dia mengalami kecederaan ketika menewaskan Swansea City 21 dalam aksi pusingan ketiga Piala Liga, awal pagi semalam.

Kompany dilihat terpaksa berjalan terhencut-hencut sambil kepalanya tunduk ke bawah tanda menahan kesakitan.

Walaupun perlawanan itu menghadirk­an beberapa perkara positif buat skuad kendalian Pep Guardiola City merekodkan sembilan kemenangan berturut-turut, perlawanan pembukaan yang cemerlang bagi mempertaha­nkan kejuaraan dan aksi menakjubka­n daripada bintang muda, Aleix Garcia - ia dibayangi dengan kecederaan dialami Kompany di Stadium Liberty.

Untuk tempoh 90 minit, Kompany dilihat berada pada tahap terbaik bagi penampilan pertamanya selepas hampir lima bulan tidak beraksi bulan susulan pembedahan paha dilakukann­ya selain proses pemulihan yang terpaksa dijalaniny­a kerana kecederaan otot yang membelengg­u sejak dua tahun lalu.

Bagaimanap­un, selepas Gylfi Sigurdsson merapatkan jurang gol buat Swansea pada masa kecederaan, kehadiran semula Kompany berakhir.

Harap tidak serius

Dia berjalan terus ke terowong menuju bilik persalinan sambil menjerit dan membiarkan City menamatkan baki perlawanan dengan 10 pemain selepas menggunaka­n ketigatiga pemain gantian.

Kapten seperti Kompany tidak akan melakukan perkara itu tanpa alasan kukuh.

Guardiola mengakui dia tidak pasti betapa seriusnya kecederaan dialami Kompany itu dan perlu menunggu laporan penuh daripada pasukan perubatan.

“Saya tidak nampak apaapa,” kata Guardiola mengulas sama ada Kompany mula merasai kesakitan sebelum perlawanan.

“Swansea menjaringk­an gol dan selepas itu saya lihat dia berjalan keluar. Saya tanya apa yang berlaku? Dia perlu ke bilik persalinan. Saya pasti dia ada masalah dan tidak boleh kekal di atas padang”.

“Doktor bercakap dengannya dan melihat apa yang berlaku. Diharapkan ia bukan masalah besar”.

Bagaimanap­un, tonggak pertahan, Gael Clichy memberikan khabar positif mengenai kecederaan dialami rakan sepasukann­ya itu dan berkata: “Dia beritahu saya dia ok. Saya tidak fikir ia masalah besar”. KEPUTUSAN PUSINGAN KE-4 (24 OKT) Std Emirates, 2.45pg Std Ashton Gate, 2.45pg Std Elland Road, 2.45pg Std Anfield, 2.45pg Std Old Trafford, 2.45pg Std St James Park, 2.45pg Std St Mary, 2.45pg Std London, 2.45pg

 ??  ?? Kapten Manchester City, Kompany kecewa kerana kecederaan berulang selepas lima bulan tidak beraksi.
Kapten Manchester City, Kompany kecewa kerana kecederaan berulang selepas lima bulan tidak beraksi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia