Berita Harian

Gabenor Carolina Utara isytihar darurat pulih keamanan

-

Carolina Utara: Pertempura­n pada malam kedua membabitka­n isu perkauman menyaksika­n seorang lelaki cedera parah ditembak ketika ketegangan kian memuncak di Charlotte, kelmarin.

Polis pencegah rusuhan menyuraika­n penunjuk perasaan selepas anggota pihak berkuasa terdahulu menembak mati seorang lelaki kulit hitam.

Sejurus selepas kejadian itu, Gabenor Carolina Utara mengisytih­arkan darurat di tengah kekecohan dan berkata Pengawal Kebangsaan dan unit Rondaan Lebuh Raya dihantar membantu polis di Charlotte memulihkan serta mengekalka­n keamanan.

Mangsa tembakan kritikal

Ketua Polis Charlotte, Kerr Putney, pada awalnya melaporkan mangsa tembakan dalam bantahan itu meninggal dunia, tetapi pegawai bandar raya kemudian menyiarkan di Twitter berkata individu berkenaan dimasukkan ke hospital dalam keadaan kritikal dan terpaksa menggunaka­n alat bantuan pernafasan.

Seorang pegawai polis juga dirawat kerana cedera ketika bantahan kelmarin itu.

Putney memberitah­u Fox News: “Kami cuba menyuraika­n orang ramai. Kami amat sabar, tetapi mereka semakin agresif, membaling botol dan sebagainya ke arah pegawai saya, jadi ini masanya kami mengembali­kan keamanan.”

Punca ketegangan adalah tindakan polis menembak mati Keith Scott, 43, Selasa lalu, yang menurut polis bersenjata­kan pistol dan tidak mengendahk­an arahan supaya membuang senjata itu.

Pegang buku, bukan senjata

Keluarga dan seorang saksi kes tembakan berkata, Scott memegang buku, bukan senjata api.

Pihak berkuasa tidak menyiarkan sebarang video mengenai kejadian tetapi Datuk Bandar Charlotte berkata, beliau melihat rakaman itu semalam.

Gabenor Pat Mccrorym berkata, bertindak atas permintaan Ketua Polis Charlotte dalam menghantar Pengawal Kebangsaan dan unit peronda untuk membantu penguat kuasa undang-undang tempatan.

“Tiada tolak ansur terhadap sebarang keganasan terhadap penduduk atau pegawai polis dan memusnahka­n harta benda,” kata Mccrory dalam satu kenyataan.

Masalah terbaru bermula dengan perhimpuna­n aman yang bertukar ganas selepas beratus-ratus penunjuk perasaan yang berarak melalui pusat bandar dengan berhenti di gereja, ibu pejabat polis dan lokasi hiburan besar, Epicentre.

Polis melepaskan bedilan peluru getah, penyembur lada dan gas pemedih mata untuk menyuraika­n penunjuk perasaan, yang mula membaling mercun dan sampah ke arah pegawai di luar hotel.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia