Berita Harian

Lawan arus selam cari emas Sungai Telai

Wanita Dayak, Kenyah warisi aktiviti melombong sara keluarga

- Oleh Kandau Sidi

berkenaan walaupun menyedari pekerjaan itu cukup berisiko.

Kerjaya warisan

Seorang penyelam wanita yang enggan namanya disiarkan berkata, pekerjaan itu adalah ‘kerjaya tradisi’ yang diwarisi turun-temurun dalam kalangan penduduk setempat, terutama golongan wanita.

“Di Sungai Telai, kegiatan perlombong­an emas bermula sejak 30 tahun lalu dan banyak membantu meningkatk­an sosio ekonomi setempat.

“Hampir semua penduduk di kawasan penempatan itu menyara hidup dengan melombong emas di Sungai Telai, sebahagian besar penyelam wanita, termasuk warga emas,” katanya ketika ditemui BH, baru-baru ini.

Beliau berkata, kebiasaann­ya apabila tiba ‘musim melombong,’ mereka melakukan selaman pada paras dua hingga lima meter sambil ‘melawan’ arus deras Sungai Telai.

Selain saluran paip oksigen dari atas perahu atau sampan, mereka juga ‘bergantung nyawa’ pada seutas tali yang diletakkan merentangi sungai bagi mengelak dihanyutka­n arus deras.

“Kami sedar ia pekerjaan berisiko, namun inilah pengorbana­n kami membantu suami mencari rezeki untuk anak,” katanya.

Berbanding lelaki, wanita Dayak dan Kenyah lebih ‘tahan lasak’ dan berupaya menahan air sejuk ketika menyelam menggunaka­n bekalan oksigen yang disalurkan alat pemampat udara dari atas perahu panjang.

Purata emas dikutip setiap hari kira-kira dua gram bergantung kepada nasib dan kepakaran seseorang penyelam.

“Ada ketikanya, setiap keluarga mendapat lebih daripada dua gram sehari. Ketulan emas paling besar diperoleh ialah sebesar bertih jagung,” katanya.

Biasanya, emas dijual apabila beratnya mencapai lebih 10gram kepada peraih di Pekan Berau, dengan harga pasarannya mencecah RM150 satu gram untuk dijadikan barang kemas.

Pelombong emas tradisiona­l

Wanita berusia 50-an ini berkata, penduduk kampung terpaksa meneroka kawasan hulu sungai dan melepasi banyak jeram untuk sampai ke kawasan yang dikenal pasti sebagai lokasi perlombong­an terbaik.

Katanya, perjalanan mengambil masa beberapa hari bergantung kepada keadaan air yang mana jika kemarau, tempoh masa perjalanan menjadi lebih lama kerana sungai cetek.

Ceburi industri pelanconga­n

“Walaupun masih terdapat emas di sungai berkenaan, penduduk sudah mula menjadikan industri pelanconga­n sebagai satu sumber pendapatan baharu mereka.

“Ia berikutan langkah Kerajaan Indonesia melarang aktiviti melombong emas menggunaka­n kaedah moden, termasuk penggunaan jentera berat kerana dikhuatiri menjejaska­n khazanah alam di situ,” katanya.

Beliau berkata, hanya kaedah melombong emas tradisiona­l dibenarkan di kawasan itu yang diselia oleh ketua masyarakat di kawasan berkenaan.

Ternyata, penguatkua­saan ketat itu amat berbaloi apabila Berau mempunyai dua sumber emas bernilai yang tidak terdapat di tempat lain iaitu emas tulen dan emas Borneo (ikan empurau).

 ?? [OLEH KANDAU SIDI/BH] ?? Aktiviti menyelam mencari emas di lubuk Sungai Telai.
[OLEH KANDAU SIDI/BH] Aktiviti menyelam mencari emas di lubuk Sungai Telai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia