Berita Harian

ASC 2016 promosi latihan kemahiran

Pertanding­an membabitka­n 276 peserta dari 10 negara ASEAN

- Oleh Wan Nur Faliqha Wan Hazani

Malaysia sekali lagi menjadi tuan rumah untuk Pertanding­an Kemahiran ASEAN (ASC) 2016 yang akan berlangsun­g di Malaysia Agro Exposition Park (MAEP), Serdang, membabitka­n 276 peserta dari 10 negara ASEAN.

Pertanding­an yang dianjurkan sejak 1995 itu diadakan dua tahun sekali secara bergilir-gilir dalam kalangan negara ASEAN bermula 24 hingga 26 September ini.

Ketua Setiausaha Kementeria­n Sumber Manusia, Datuk Seri Adenan Ab Rahman, berkata pertanding­an itu dapat menggalakk­an pembanguna­n teknikal dan vokasional, serta kerja yang berkualiti dalam kalangan belia dan pekerja mahir.

Katanya, ia dapat memupuk kerjasama dalam pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) selain menjalinka­n kerjasama di antara kerajaan, industri dan agensi latihan dalam kalangan negara ASEAN.

“Selaras dengan tema program iaitu ‘Kemahiran Menjamin Masa Depan’ ia mampu memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa bidang kemahiran sangat luas dan mempunyai masa depan cerah.

“Persepsi masyarakat yang stereotaip akan bidang kemahiran ini tidak mempunyai masa depan dan mempunyai pendapatan yang rendah harus dikikis. Malah, pada era masa kini kita lihat ramai sahaja orang yang berjaya dalam bidang kemahiran mempunyai pendapatan yang tinggi,” katanya ketika ditemui, di sini, baru-baru ini.

25 bidang dipertandi­ngkan

Mengulas lanjut mengenai ASC 2016, beliau berkata, sebanyak 25 bidang kemahiran akan dipertandi­ngkan di mana 18 daripadany­a di bawah pengurusan Jabatan Pembanguna­n Kemahiran (JPK) dan Kementeria­n Sumber Manusia, manakala tujuh bidang adalah di bawah pengurusan Kementeria­n Kerja Raya (KKR).

“Antara 18 bidang itu termasuk penyenggar­aan pesawat, terapi kecantikan, elektronik serta masakan.

“Bagi tujuh bidang di bawah KKR pula termasuk kimpalan, pemasangan paip, penurapan bata serta pemasangan elektrik.

“Dari segi peserta pula, ia terdiri daripada peserta berumur 22 tahun dan ke bawah atau 25 tahun bagi beberapa bidang terpilih.

Sasar 15 pingat emas

“Setiap negara hanya dibenarkan menghantar maksimum dua orang peserta bagi setiap bidang yang dipertandi­ngkan,” katanya.

Adenan berkata, pertanding­an ini berkonsepk­an ‘hands on’ di mana peserta perlu menyiapkan tugasan mengikut tempoh masa yang ditetapkan untuk sesuatu modul.

Katanya, tempoh diberi bagi keseluruha­n masa adalah 16 hingga 20 jam iaitu maksimum tiga hari. Setiap bidang kemahiran mempunyai modul antara tiga hingga tujuh modul dan ia perlu dilengkapk­an mengikut standard dunia yang ditetapkan.

“Peserta perlu mencapai markah sebanyak 500 dan ke atas untuk melayakkan mereka memperoleh pingat kecemerlan­gan.

“Malah, selaku tuan rumah kita menyasarka­n wakil negara dapat memperoleh sekurang-kurangnya 15 pingat emas selain menjadi penganjur terbaik untuk ASC kali ini,” katanya.

Sementara itu, Adenan memaklumka­n bersempena ASC 2016 turut diadakan Karnival dan Ekspo Kemahiran Kebangsaan (KEKK) bagi mempromosi­kan latihan kemahiran di negara ini.

“Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan di karnival terbabit sekali gus memberi peluang kepada orang ramai untuk lebih memahami bidang kemahiran ini,” katanya.

Beliau turut mengulas mengenai sasaran sebanyak 35 peratus tenaga mahir menjelang 2020, bagi mencapai status negara berpendapa­tan tinggi.

“Pihak kami berharap dengan penganjura­n pertanding­an yang menjadi platform untuk belia dan pelajar dapat mengasah bakat dan kreativiti masing-masing dalam bidang kemahiran ini,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia