Berita Harian

UMNO bantu selesai tunggakan

Penuntut boleh teruskan pengajian di Mesir atau sambung di Malaysia

- Oleh Haryani Ngah

Nasib pelajar Malaysia berdepan masalah kewangan hingga mengalami tunggakan yuran pengajian di Mesir, mendapat pembelaan UMNO semalam, apabila bersetuju membantu mereka yang memperoleh keputusan cemerlang.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata parti itu sangat prihatin terhadap nasib 150 pelajar yang sedang mengikuti pengajian dalam bidang perubatan, farmasi dan pergigian, terutamany­a mereka daripada keluarga tidak berkemampu­an.

“UMNO menerusi Biro Pendidikan dan Kelab UMNO di Mesir, akan mengenal pasti pelajar daripada keluarga yang berpendapa­tan kurang RM4,000 sebulan dan memperoleh prestasi akademik cemerlang untuk diberi bantuan.

“Saya akan berbincang dengan Pengerusi Biro Pendidikan UMNO, Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah, bagaimana cara untuk membantu kumpulan pelajar terbabit.

“Kita belum dapat pastikan jumlah mereka yang akan dibantu memandangk­an masing-masing adalah pelajar persendiri­an. Data mereka tiada dalam sistem. Apa yang kita harapkan, Biro Pendidikan UMNO dapat membantu pelajar ini dengan segera,” katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.

Masalah dinilai

Annuar berkata, berikutan itu, pelajar yang terjejas dan berdepan tunggakan yuran pengajian terbabit, diminta segera berhubung dengan Biro Pendidikan UMNO untuk membolehka­n masalah masing-masing dinilai untuk pertimbang­an bantuan.

Katanya, pelajar berkenaan juga diberi pilihan, sama ada meneruskan pengajian di Mesir atau kembali menyambung pelajaran dalam negara.

“Mengambil kira faktor ekonomi semasa dan mengelak pengaliran keluar wang, mereka digalakkan kembali menyambung pengajian dalam negara.

“Saya juga sudah berunding dengan Management and Science University (MSU) yang sedia menyediaka­n tempat peluang kepada pelajar berkenaan menyambung pengajian masing-masing di universiti itu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia