Berita Harian

Impikan generasi muda seimbang

Mahupelaja­r yang aktif bersukan mempunyai disiplin tinggi, berjaya dalam akademik

- Oleh Maria Uffa Zulkafeli

bersama-sama keluarga. Kuala Lumpur dalam acara lompat tinggi sehingga mendapat pingat emas di Singapura dan perak di Thailand,” kata Encik Mohd Hanafi.

Mengimbau kembali zaman remajanya, guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Seri Alam, Johor itu mengakui setiap kali membaca akhbar atau menonton berita, ruangan berita sukan sudah pasti akan menjadi pilihan utamanya.

Katanya, malah, banyak aktiviti sukan disertainy­a di sekolah sehingga kadangkala tiada langsung masa untuk belajar kerana terlalu obses dengan sukan.

“Semasa di sekolah menengah, saya pernah dinobatkan sebagai olahragawa­n, selain sering mewakili sekolah, daerah mahupun negeri sehingga pernah menyertai larian obor Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) pada tahun 2001.

“Apabila di luar sekolah, saya juga membabitka­n diri dengan pertubuhan belia dalam permainan bola sepak dan ragbi,” katanya.

Seimbang diri

Anak kelahiran Kota

Tinggi, Johor ini mengakui agak tegas dalam melatih atlet kerana mahu membentuk mereka menjadi seorang yang berkeyakin­an tinggi dalam apa juga yang dilakukan.

Katanya, beliau bertekad mahu melahirkan lebih ramai generasi muda yang boleh menyeimban­gkan diri selaras dengan aspek JERIS iaitu Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial.

“Ramai ibu bapa mendesak anak mereka ke sekolah hanya semata-mata untuk skor A dalam mata pelajaran, namun tidak dibenarkan aktif dalam aktiviti kokurikulu­m.

“Sebenarnya, kita sebagai ibu bapa harus memupuk semangat anak-anak, kerana kadangkala pelajar perlu belajar dengan disulami aktiviti sukan yang boleh menyeimban­gkan diri masing-masing,” katanya.

Setiausaha sukan merangkap Jurulatih Ragbi SMK Bandar Seri Alam itu berkata, beliau juga mahu melihat semua pelajarnya yang aktif bersukan mempunyai disiplin diri yang tinggi dan berjaya dalam bidang akademik.

Bahagi masa

“Saya mahu mereka mempunyai ketahanan mental yang kuat untuk berjaya dalam hidup dan sering mengingatk­an bahawa tewas sekali bukan bermakna kita kalah buat selama-lamanya.

“Saya berharap katakata semangat ini akan mendorong mereka untuk terus berusaha dan berjaya. Apabila mereka berjaya, itulah kepuasan yang tidak terhingga untuk diri saya sendiri,” katanya.

Menyentuh mengenai pembahagia­n masa untuk keluarga, Encik Mohd Hanafi berkata, pengurusan masa yang teratur diperlukan bukan sahaja untuk kerjaya tetapi juga keluarga.

“Pada waktu pagi, saya perlu mengajar manakala petang pula melatih atlet dengan saya terpaksa membawa anak bersama-sama untuk sesi latihan berkenaan.

“Tidak dinafikan pada awal perkahwina­n, isteri saya yang juga seorang guru tidak dapat memahami tanggungja­wab saya sebagai guru sukan dan jurulatih tetapi lama-kelamaan dapat menerima minat saya dan turut membantu memberi sokongan tidak berbelah bahagi,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Encik Mohd Hanafi
Encik Mohd Hanafi
 ??  ?? Encik Mohd Hanafi bersama-sama rakan sepasukan ragbinya.
Encik Mohd Hanafi bersama-sama rakan sepasukan ragbinya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia