Berita Harian

Bolot 12 trofi

-

Siri epik fantasi terbitan HBO, mengulangi sejarah Anugerah Emmy tahun lalu apabila muncul drama bersiri paling banyak meraih kemenangan selepas membolot 12 trofi pada majlis pengiktira­fan kali ke-68, semalam.

Selain mengunggul­i kategori Drama Terbaik mengetepik­an Downtown Abbey, House of Cards, Better Call Saul, Homeland dan

Mr Robot, sutradaran­ya, Miguel Sapochnik turut diangkat sebagai Pengarah Terbaik menerusi episod Battle of the Bastards.

Sudah enam musim menawan peminat di seluruh dunia, kemenangan drama bersiri yang mencetus fenomena itu sudah dijangka. Mengapa tidak,

Game of Thrones menerima 23 pencalonan yang dilihat awal-awal lagi ‘menenggela­mkan’ calon lain.

Terus menyerlah

Nyata siri terbitan HBO itu mampu mengekalka­n momentum prestasi apabila terus menyerlah dengan bilangan trofi yang tidak pernah dicapai calon lain sejak Anugerah Emmy diadakan pada tahun 1949.

Terbukti, Game of Thrones diangkat sebagai penerima terbanyak trofi Emmy berbanding program televisyen (TV) lain - suatu rekod yang diiktiraf penganjur.

Siri epik fantasi itu mengetepik­an pemegang rekod sebelum ini, Frasier bersama kelebihan satu trofi menjadikan jumlah kemenangan yang dimiliki Game of Thrones sebanyak 38 trofi.

Malam kemuncak yang berlangsun­g di Microsoft Theater di Los Angeles, California, Amerika Syarikat itu juga menyaksika­n

Game of Thrones mendapat pengiktira­fan Penulisan Asal Terbaik hasil sentuhan David Benihoff serta DB Weiss.

Terdahulu, pada acara penganuger­ahan terawal, khusus untuk penggiat belakang tabir yang dinamakan Creative Arts Emmy, minggu lalu, Game of Thrones membawa pulang sembilan trofi.

Epik fantasi karya George RR Martin itu mengangkat kisah pengkhiana­tan golongan bangsawan dalam usaha merebut Iron

Throne yang sarat elemen perjuangan nafsu untuk meraih berkuasa.

Louis-dreyfus menang lima kali

Turut menyerlah pada Anugerah Emmy 2016 adalah kisah terbitan FX berkisar kes mahkamah yang disifatkan sebagai ‘perbicaraa­n abad ini’,

The People vs O J Simpson: American Crime Story.

Selepas dua dekad, orang ramai masih ingin tahu kejadian belakang tabir mengenai sabitan bekas peninju, O J Simpson yang dituduh membunuh jandanya, Nicole Brown serta rakan wanita terbabit.

Ketika disiarkan, ia menarik antara enam hingga lapan juta penonton setiap minggu. Ini memperliha­tkan ketaasuban orang ramai terhadap kes berkenaan. Apatah lagi, Simpson bakal dilepaskan daripada penjara tahun depan selepas menerima hukuman sembilan tahun atas kesalahan mencuri.

Pasukan produksi ini nyata berpuas hati bukan saja diangkat sebagai Siri Mini/filem Terbaik, malah menyapu tiga trofi utama lain dalam kategori sama iaitu Pelakon Lelaki menerusi Courtney B Vance, Pelakon Wanita (Sarah Paulson) serta Pelakon Pembantu Lelaki (Sterling K Brown).

Sementara itu, Veep yang juga drama satira berunsur politik mempertaha­nkan trofi yang digenggam tahun lalu sebagai Siri Komedi Terbaik. Lebih manis, pelakon utamanya, Julia Louis-dreyfus yang mencatat sejarah apabila menyandang gelaran Pelakon Wanita Siri Komedi selama lima tahun berturut-turut.

Dedikasi kemenangan kepada mendiang bapa

Kemunculan aktres itu di pentas mengundang sebak sebaik Louis-dreyfus mendedikas­ikan kemenangan­nya buat mendiang ayahnya, Willie Louis-dreyfus yang meninggal dunia dua hari sebelum anugerah itu.

Anugerah Emmy turut memberi penghormat­an kepada anak seni yang sudah pergi seperti Jackie Collins, Alan Rickman,

Anton Yelchin, David Bowie, Robert Loggia, Morley Safer, Doris Roberts, Gene Wilder, Prince and Allahyarha­m Muhammad Ali. Anugerah berprestij itu kali ini dihoskan Jimmy Kimmel.

Sebelum itu, ahli Akademi Televisyen seramai 19,000 orang diberi tempoh dua minggu pada Jun lalu untuk menyemak 8,000 penyertaan daripada rancangan TV yang disiarkan sepanjang 12 bulan lalu untuk bertanding merebut 113 kategori dalam anugerah ini.

 ??  ?? Julia Louis-dreyfus
Julia Louis-dreyfus
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia