Berita Harian

SMK Gunung Rapat juarai Liga Perdana

-

Ipoh: SMK Gunung Rapat (SMKGR) muncul juara Liga Perdana Piala Menteri Pelajaran (B14) dalam situasi penuh dramatik selepas mengecewak­an SMK Seri Kota (SMKSK) dengan hanya beza jaringan setelah kedua-dua pasukan mengumpul 32 mata.

Satu mata yang diraih dalam aksi terakhir sudah memadai untuk membolehka­n SMKGR bergelar juara, namun pasukan dari Perak itu dipaksa bekerja keras terlebih dulu untuk bangkit mencatat keputusan seri 3-3 menentang SMK Datuk Peter Monjuntin di Sabah.

SMKSK berputih mata di saat akhir, setelah kemenangan 2-0 ke atas MSS Putrajaya di gelanggang lawan tidak memadai untuk mereka memintas kelebihan jaringan dimiliki SMKGR.

Mematangka­n pemain

Perlawanan lain menyaksika­n SMK Tunku Anum dari Kedah melengkapk­an jadual saingan dengan menewaskan SMK Mutiara Impian 2-0.

SMKGR, SMKSK dan SSM Pahang yang menamatkan musim di tempat ketiga mara ke suku akhir Piala KPM.

Sementara itu, juara Liga Super, SSM Bukit Jalil menutup tirai aksi liga dengan mencatat kemenangan kelima berturut-turut setelah menewaskan pasukan tangga ketiga SMK Bukit Nenas (SMKBN) 1-0 di Kuala Terengganu.

Gol tunggal buat skuad bimbingan Wan Rohaimi Wan Ismail itu dijaringka­n oleh Aniq Asri di penghujung separuh masa pertama, menyaksika­n mereka menamatkan musim dengan 37 mata, tujuh mata mengatasi pasukan tangga kedua SMK Seberang Temerloh (SMKST).

“Liga ini banyak mematangka­n pemain kami, walaupun tidak menjadi matlamat utama kami untuk menjuarai liga ini atau menjadi juara Piala KPM tetapi pengalaman bermain di Liga KPM ini sedikit sebanyak dapat membantu perkembang­an pemain ke arah mengejar matlamat layak ke Piala Dunia,” kata Wan Rohaimi.

Bekas pemain kebangsaan itu membawa SSM Bukit Jalil muncul juara liga setelah menewaskan SSM Tunku Mahkota Ismail (SSMTMI) pada minggu sebelumnya.

SMKST pula kekal di tangga kedua liga dengan 30 mata meskipun sekadar mencatat keputusan seri 1-1 menentang SSMTMI di Johor Bharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia