Berita Harian

Hertha Berlin tekad cabar Bayern

-

Berlin: Pasukan dalam prestasi terbaik, Hertha Berlin akan cuba mengurangk­an cengkaman Bayern Munich dalam Bundesliga awal pagi Khamis ini dalam pertembung­an dua pasukan teratas liga Jerman itu.

Kemenangan 2-0 Hertha di laman sendiri berdepan Schalke semalam bermakna Berlin dan Bayern, hanya dua kelab Jerman yang mengekalka­n rekod 100 peratus dengan tiga kemenangan daripada tiga perlawanan, akan berdepan di Allianz Arena, Munich.

“Kami amat gembira kerana kini kami memiliki sembilan mata, namun Bayern adalah lawan yang sama sekali berbeza,” kata pertahanan kiri Hertha, Marvin Plattenhar­dt. “Kami perlukan hari yang betul-betul baik.”

Buru gelaran kelima

Pada pertemuan pertengaha­n minggu, paling menjadi tumpuan ialah Bayern menanti kehadiran Hertha manakala Borussia Dortmund, yang menang 6-0 berturut-turut berdepan Legia Warsaw dam Darmstadt, akan ke Wolfsburg awal pagi Rabu.

Bayern akan memulakan tempoh yang sibuk dengan empat perlawanan dalam 10 hari termasuk saingan peringkat kumpulan Liga Juara-juara berdepan Atletico Madrid pada Khamis.

Skuad kendalian Carlo Ancelotti, Bayern akan tampil tanpa pemain sayap Brazil, Douglas Costa, yang tidak akan bermain kerana kecederaan hamstring dialami pada Sabtu lalu apabila menang 3-1 berdepan Ingolstadt.

Kapten Philipp Lahm, David Alaba, Thomas Mueller dan Mats Hummels semuanya terlepas saingan tetangga Bavaria itu kerana kecederaan.

Walaupun berdepan masalah pemain, Bayern tampak berada di landasan terbaik untuk gelaran kelima berturut-turut liga Jerman musim ini selepas menewaskan Werder Bremen 6-0 dan mengatasi Schalke 2-0 musim ini.

Namun skuad kendalian Pal Dardai, Hertha adalah satu daripada beberapa pasukan yang tampak mampu mengurangk­an sedikit cengkaman Bayern di persada.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia