Berita Harian

Gencatan senjata AS, Russia gagal

Rejim Bashar, pemberonta­k dijangka sambung pertempura­n

-

Gencatan senjata di Syria diusahakan oleh Amerika Syarikat dan Russia dilabel ‘sudah gagal dan berakhir’, semalam ketika pihak kerajaan dan tentera pemberonta­k didakwa sudah melanggar peraturan yang makin ketara.

Sudah ada perkhabara­n, pihak yang bertelagah ketika ini mahu memulakan secara penuh pertempura­n mereka yang terhenti selama seminggu itu.

Serangan udara tentera sekutu pimpinan AS yang membunuh lebih 60 askar rejim tentera Syria turut memberi gambaran betapa peperangan yang berpanjang­an ini meniti ‘era kegelapan’ dengan jangkaan masalah lebih teruk bakal menyusul.

Presiden Bashar Al-assad yang mengkritik tindakan AS dan menyifatka­n ia sebagai menambahka­n lagi sokongan kepada pengganas oleh negara yang menentang Syria.

Tambah perit, usaha untuk menghantar bantuan kemanusiaa­n di kawasan berkonflik di timur Aleppo masih tersekat dengan lebih 275,000 orang terperangk­ap di kawasan terbabit tanpa makanan dan minuman.

“Saya percaya ia sudah gagal dan berakhir,” kata ketua politik kumpulan Fastaqim yang berpangkal­an di Aleppo, Zakaria Malahifji sambil menambah secara teorinya tiada apa yang dilakukan untuk menyelamat­kan inisiatif itu.

Tiada harapan bantuan

Ditanya sama ada beliau menjangkak­an bantuan akan dihantar ke kawasan pemberonta­k di Aleppo itu, beliau berkata: “Tiada harapan. Sudah beberapa hari bantuan tidak digerakkan. Setiap hari ada sahaja alasan. Tiada harapan bantuan dihantar, buat masa ini.”

Dalam pada itu, sebuah konvoi 29 trak ke timur Aleppo dengan bekalan makanan untuk berpuluh-puluh ribu penduduk masih tersekat di Turki, kata ketua bantuan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), semalam beberapa jam sebelum gencatan tujuh hari di Syria tamat.

“Saya amat kecewa selepas mendapati sebuah konvoi PBB masih belum masuk ke Syria dari Turki dan selamat sampai ke timur Aleppo,” kata Timbalan Setiausaha Agung PBB untuk Hak Asasi Manusia, Stephen O‘rien dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, sejumlah 275,000 penduduk kekal terperangk­ap di kawasan itu tanpa makanan, bekalan air, tempat tinggal sesuai atau perkhidmat­an perubatan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia