Berita Harian

Suri rumah dilepas tanpa dibebaskan

Mangsa pulang ke Pakistan tidak hadir beri keterangan

- Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi

Seorang suri rumah dilepas tanpa dibebaskan daripada tuduhan memotong kemaluan suaminya oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas mangsa, seorang rakyat Pakistan tidak hadir ke mahkamah.

Hakim Nariman Badruddin membenarka­n permohonan pembelaan supaya Fatimah Abdullah, 51, dilepas tanpa dibebaskan selepas pihak pendakwaan tidak dapat mengesahka­n kedudukan suaminya yang kini berada di Pakistan untuk pulang memberi keterangan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Rahimah Abd Majid, mahu meneruskan perbicaraa­n dengan menyoal saksi lain yang hadir, termasuk dua orang doktor.

Bagaimanap­un, peguam tertuduh, J Gunamalar, membantah atas alasan ketiadaan suami tertuduh yang juga pengadu, akan menyebabka­n pendakwaan terhadap Fatimah tidak berasas.

“Isu di sini bukan sahaja apa yang berlaku tetapi siapa yang melakukann­ya. Saya memohon tertuduh dilepaskan mengikut Seksyen 173(g) Kanun Prosedur Jenayah,” katanya.

Kecederaan parah

Tertuduh didakwa menyebabka­n kecederaan parah terhadap Umar Rahman, 44, dengan menggunaka­n pisau yang berkemungk­inan boleh menyebabka­n kematian di Jalan Beringin 3, Batu Kikir, Jempol, pada jam 1.20 pagi, 20 Januari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, denda dan sebatan jika sabit kesalahan.

Tertuduh mengaku bersalah ketika didakwa pada 28 Januari lalu tetapi menukar pengakuan kepada tidak bersalah apabila kes disebut semula pada 22 Februari lalu.

 ?? [ FOTO AMRAN YAHYA /BH ] ?? Fatimah (kanan) bersama Gunamalar selepas dilepas tanpa dibebaskan di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah, semalam.
[ FOTO AMRAN YAHYA /BH ] Fatimah (kanan) bersama Gunamalar selepas dilepas tanpa dibebaskan di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia