Berita Harian

Fungsi TABIKA KEMAS diperkasa

-

Sipitang: Program pendidikan yang lebih baik akan menjadi antara inisiatif ke arah memperkasa­kan fungsi Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) kendalian Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di seluruh negara.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia berikutan ibu bapa kurang berminat menghantar anak mereka ke TABIKA KEMAS kerana beranggapa­n pengisian pembelajar­annya ketinggala­n berbanding swasta.

Buang persepsi negatif

“Ibu bapa perlu membuang persepsi negatif ini kerana taraf pendidikan di TABIKA KEMAS lebih baik manakala yurannya lebih murah.

“Kita menambah guru lulusan diploma di semua TABIKA KEMAS bagi memastikan institusi ini menjadi pilihan utama pendidikan awal kanak-kanak.

“Infrastruk­tur daif taman asuhan kanak-kanak dan TABIKA KEMAS di seluruh negara juga akan dinaik taraf,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Program Kemas4u peringkat Sabah di Kampung Menengah, Ulu Sipitang, di sini, semalam.

Yang turut hadir Ahli Parlimen Sipitang merangkap Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Sapawi Ahmad; Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Kamarlin Ombi dan Ketua Pengarah KEMAS, Amiruddin Ariffin.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, kementeria­nnya menyasarka­n 500 peserta bagi Program Usahawan Bergerak (Mobilepren­eur) di seluruh negara, membabitka­n peruntukan RM5 juta iaitu bantuan RM10,000 seorang bagi melahirkan lebih ramai usahawan dalam kalangan belia luar bandar tahun ini.

“Dalam fasa pertama di Sabah, seramai 100 peserta terpilih dan daripada jumlah itu, 60 orang akan menerima bantuan dengan unjuran peruntukan RM600,000, manakala selebihnya mendapat bantuan sama pada fasa kedua,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia