Berita Harian

Seminar anjuran MSU dapat sambutan sekolah, ibu bapa

Seminar SPM MSU-BH di Kuching dapat sambutan luar biasa

- Oleh Basir Zahrom

Management & Science University (MSU) meneruskan program tanggungja­wab sosial korporatny­a menerusi penajaan Seminar Skor A Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) membabitka­n 800 pelajar dari sekitar bandar ini dan daerah berhampira­n, baru-baru ini.

Pengetua MSU College Sarawak, Siti Rohaya Mahmud, berkata pertambaha­n lebih 300 peserta tahun ini berbanding tahun lalu membuktika­n penganjura­n seminar dengan kerjasama BH itu mendapat sambutan menggalakk­an.

Beliau berkata, pihaknya menerima maklum balas positif daripada sekolah dan ibu bapa yang menghantar anak mereka ke seminar ini tahun lalu.

“Jika tahun lalu, hanya 12 sekolah dari sekitar Kuching menyertai program ini, tahun ini kami menambahny­a kepada 23 sekolah lagi termasuk dari daerah sekitar selepas mendapat permintaan tinggi.

“Selepas mengadakan perbincang­an dengan pengetua sekolah, kami mengubah format penganjura­n kali ini, iaitu dengan membahagik­an peserta ini kepada dua kumpulan dan menambah daripada empat kepada enam subjek.

Dapat maklumat program

“Hari pertama diberi keutamaan untuk calon aliran Sastera yang memberi pendedahan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik, manakala pelajar Sains Tulen mengikuti teknik menjawab soalan subjek Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik pada hari kedua,” katanya kepada BH, ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Siti Rohaya berkata, penganjura­n seminar itu juga memberi peluang kepada peserta untuk mendapatka­n maklumat program serta mengenali lebih lanjut mengenai MSU College dan MSU.

“Peserta tahun lalu ada yang kini menjadi pelajar MSU College mengikuti progam matrikulas­i selepas mendapatka­n maklumat mengenai institusi ini menerusi penyertaan seminar ini,” katanya.

 ?? [FOTO CHE RANI CHE DIN/BH] ?? Sebahagian daripada pelajar sekolah menengah menyertai seminar SPM anjuran MSU di Kuching.
[FOTO CHE RANI CHE DIN/BH] Sebahagian daripada pelajar sekolah menengah menyertai seminar SPM anjuran MSU di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia