Berita Harian

Dakwaan Malaysia bakal muflis tidak masuk akal

-

Penjelasan Menteri Kewangan II, Datuk Johari Ghani, membuktika­n ekonomi negara stabil malah lebih mantap berbanding banyak negara lain dalam suasana ekonomi global mencabar dan tidak menentu. Penjelasan mengenai Rizab Bank Negara Malaysia (BNM), pertumbuha­n ekonomi, kedudukan hutang, penarafan ekonomi negara, kedudukan pasaran modal negara dan dasar diversifik­asi ekonomi membantu mengatasi kebimbanga­n dalam kalangan rakyat yang ditimbulka­n sesetengah pihak berhubung ekonomi dan masa depan negara.

Rakyat Malaysia tentu kagum dengan prestasi negara kerana pengurusan ekonomi negara cekap dan berhemat. Walaupun negara hilang lebih RM30 bilion pendapatan akibat kejatuhan harga minyak, ekonomi negara terus tumbuh enam peratus pada 2014 dan lima peratus pada 2015.

Malah, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat kepada RM1.15 trilion pada 2015 daripada RM924 bilion pada 2008. Rizab Bank Negara pada Ogos 2016 pula dilaporkan berjumlah AS$97.5 bilion (RM402.7 bilion). Hutang negara pula berada bawah 55 peratus daripada KDNK negara, kadar munasabah malah lebih baik berbanding negara maju yang tinggi iaitu antara 90 sehingga 130 peratus daripada KDNK mereka.

Pada masa sama, ada pihak tertentu mendakwa amalan rasuah berleluasa dan menular pada setiap peringkat pentadbira­n kerajaan daripada pucuk pimpinan ke bawah.

Kadar persepsi rasuah lebih baik

Cuma, Transparen­cy Internatio­nal (TI) dalam laporan Corruption Perception Indeks (CPI) 2015 merekodkan kadar persepsi rasuah Malaysia lebih baik daripada kebanyakan negara termasuk negara ASEAN kecuali Singapura, negara Islam, negara Komunis dan kapitalis malah negara yang ditadbir tentera.

Malaysia berada di tangga 54 dengan skor 50 berbanding Indonesia (88) dengan skor 88, Filipina (95) dengan skor 35 , Vietnam (112) dengan skor 31.

Dalam kalangan negara Islam, Pakistan (117) dengan skor 117, Iran (130) dengan skor 27, Turki (66) dengan skor 43.

Negara lain seperti Russia di tangga 119 dengan skor 29 manakala China (83) dengan skor 37, Korea Utara (167) dengan skor 8 dan Cuba (56) dengan skor 47. Negara yang ditadbir tentera seperti Myanmar di tangga 147 dengan skor 22, India (76) dengan skor 38, Somalia (167) dengan skor 8. Ini bermakna Somalia nombor satu dari segi persepsi kadar rasuah tertinggi di dunia.

Langkah tegas Peguam Negara dan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM ) baru-baru ini, terutama penangkapa­n beberapa individu yang memegang jawatan tinggi dalam sektor awam dan bank milik kerajaan, menunjukka­n tidak siapa boleh terlepas daripada penguatkua­saan undang-undang sekiranya didapati melakukan kesalahan rasuah.

Sebagai contoh, tangkapan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Abdul Aziz Zainal; Pengarah Urusan Bank Rakyat, Mustafha Abdul Razak dan Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Datuk Seri Afendi Ali Syed Abid Ali, menunjukka­n kesalahan rasuah tidak boleh diambil mudah.

Tegas cegah rasuah

Agensi yang dipertangg­ungjawapka­n melaksanak­an tugas pencegahan rasuah tegas dalam memastikan sesiapa yang melanggar undang-undang negara tidak akan terlepas, sekalipun berjawatan tinggi.

Justeru, rakyat wajar guna logik dalam meneliti sebarang perkhabara­n dan dakwaan dalam media sosial malah perlu waspada tuduhan pihak tertentu dalam dan luar negara mengenai kedudukan ekonomi dan urus tadbir negara bertujuan menimbulka­n persepsi buruk terhadap kepemimpin­an negara untuk mencapai agenda politik mereka.

Justeru, berdasarka­n semua hujah itu, dakwaan dan tohmahan tengah pihak didapati tidak masuk akal kerana dakwaan mereka tidak bersandark­an fakta malah lebih bermotifka­n politik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia