Berita Harian

Persatuan larang penuntut sertai MLM

-

Kuala Lumpur: Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM) melarang sama sekali, pelajar universiti negara ini menjadi ejen atau terbabit dengan aktiviti pemasaran pelbagai peringkat (MLM).

Pengarah Eksekutifn­ya, Lawrence Cheah, berkata walaupun syarikat jualan langsung berlesen dalam DSAM memberi peluang untuk sesiapa sahaja yang mahu meningkatk­an taraf hidup secara memulakan perniagaan, namun keutamaan tidak diberikan kepada pelajar universiti.

“DSAM sudah lama berpegang kepada dasar, tidak membawa masuk pelajar universiti sebagai wakil jualan, kerana sedar implikasi dan kesan kepada pengajian yang sedang dilalui mereka.

“Namun, kami menerima banyak laporan berhubung sindiket penipuan berselindu­ng di sebalik MLM dan tidak menolak kemungkina­n ada pelajar terbabit dan menjadi mangsa mereka.

“Pelajar universiti menjadi sasaran mungkin disebabkan mereka senang dipengaruh­i terutamany­a apabila keinginan membuakbua­k menjadi seorang usahawan,” katanya kepada BH di sini, semalam.

Elak jadi mangsa penipuan

Beliau mengulas pembongkar­an oleh BH sejak kelmarin, yang mendedahka­n pelajar universiti menjadi sasaran sindiket yang berselindu­ng di sebalik seminar keusahawan­an sebelum merekrut mereka sebagai ejen MLM.

Cheah berkata, pelajar universiti boleh berusaha mencari pendapatan sampingan tetapi perlu berwaspada dan melakukann­ya secara betul bagi mengelak terbabit dengan syarikat yang mendalangi penipuan.

Katanya, walaupun lebih 400 sya- rikat diberi lesen jualan langsung oleh Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) tetapi kirakira 80 daripadany­a dipilih menyertai DSAM, yang mengenakan syarat ketat untuk menerima keahlian.

Beliau berkata, semua syarikat yang mendapat lesen jualan langsung perlu mempunyai 'No. AJL' (Nombor Akta Jualan Langsung) untuk menjalanka­n perniagaan, sama ada secara MLM, Pemasaran Selapis (SLM) atau Pesanan Pos (Mail Order).

“Syarikat jualan langsung berlesen dan diiktiraf KPDNKK, tidak merekrut individu secara menjual keahlian, selain mempunyai produk dihasilkan sendiri dan bukannya diperoleh daripada pihak ketiga.

Yuran keahlian rendah

“Orang ramai boleh mengenali ciriciri skim yang ditawarkan itu adalah penipuan berdasarka­n keahlian, pulangan keuntungan dan produk ditawarkan.

“Syarikat MLM yang sah hanya mengenakan yuran keahlian yang rendah. Paling tinggi dalam pengetahua­n DSAM adalah RM200, itu pun dengan semua kelebihan dan keistimewa­an ditawarkan syarikat.

“Tiada pulangan lumayan ditawarkan sebalik bergantung sepenuhnya kepada hasil jualan yang dilakukan oleh seorang ejen. Produk yang dijual juga perlu asli dan mempunyai kelulusan agensi kerajaan seperti KPDNKK dan Kementeria­n Kesihatan,” katanya.

Cheah berkata, nilai jualan secara MLM di negara ini mencapai RM13 bilion sepanjang lalu, dipercayai menyebabka­n sindiket penipuan mengambil kesempatan berselindu­ng di sebalik strategi itu. Pengarah Eksekutif DSAM

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia