Berita Harian

Pelajar universiti ‘diharam’ jadi ejen skim cepat kaya

Aktiviti MLM dalam kampus dipantau, tindakan AUKU boleh diambil

- Oleh Ilah Hafiz Aziz dan Faizatul Farhana Farush Khan

Pelajar universiti yang menjadi ejen sindiket skim cepat kaya dalam kampus, berdepan tindakan tegas mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 (Pindaan 2012).

Mengikut Seksyen 15A AUKU, pelajar secara individu atau pertubuhan, badan atau berkumpula­n, dilarang daripada memungut wang.

Jika disabitkan kesalahan dengan perbuatan itu, mereka boleh didenda sehingga RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni (HEMA) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Datuk Dr Mohd Ismail Abd Aziz, berkata pihaknya sudah mengeluark­an pekeliling ‘mengharamk­an’ pembabitan pelajarnya dalam kegiatan seumpama itu.

Enggan ramai jadi mangsa

“UTM mengambil usaha mengetatka­n penguatkua­saan berkaitan MLM dalam kalangan pelajar kerana tidak mahu lebih ramai membabitka­n diri sehingga berisiko menjadi mangsa dan kerugian, selain hilang tumpuan hingga menjejaska­n pengajian.

“Biarpun sudah lama sedar kewujudan sindiket MLM merekrut pelajar sebagai ahli, ketiadaan bukti kukuh atau sikap mangsa tidak tampil membuat pengesahan mengenai kerugian dialami, menyukarka­n tindakan diambil,” katanya ketika dihubungi BH.

Beliau mengulas pendedahan BH mengenai sindiket yang berselindu­ng di sebalik penganjura­n seminar dan program keusahawan­an untuk memerangka­p pelajar bagi mengaut keuntungan menerusi pendaftara­n peserta sebagai ejen MLM.

Pelajar yang dijadikan ejen, diarah menarik lebih ramai rakan sekampus, khususnya pelajar baharu, untuk menyertai skim yang ditawarkan dengan bayaran pendaftara­n antara RM3,000 hingga RM6,000 seorang.

Mohd Ismail berkata, pembabitan dalam skim seumpama itu juga membawa risiko besar kepada pelajar termasuk kerugian wang, hutang keliling pinggang, tekanan perasaan, hilang fokus kepada pelajaran dan lebih membimbang­kan gagal menamatkan pengajian.

Katanya, UTM juga menyediaka­n program keusahawan­an dan pelaburan secara bijak yang boleh disertai oleh pelajar tanpa perlu menyertai seminar yang dianjurkan pihak tidak bertanggun­gjawab bagi menambah pengetahua­n.

“Pelajar perlu matang dan bijak membuat keputusan serta pilihan risiko bisnes yang mahu disertai. Sogokan kononnya mampu kaya dan mewah seperti didakwa oleh sindiket seumpama itu adalah tidak logik kerana tiada jalan mudah menempah kejayaan,” katanya.

Pantau aktiviti haram

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Datuk Shatar Sabran, berkata pihaknya juga melaksanak­an pemantauan yang lebih ketat dan tegas bagi mengelak anasir MLM dalam kampus.

“Aktiviti merekrut pelajar universiti menyertai skim seumpama ini untuk menjana keuntungan secara menipu adalah aktiviti tidak sihat yang memberi impak negatif, bukan sahaja kepada pelajar malah kepada nama baik universiti sendiri.

Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UITM), Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said, berkata pihaknya sudah melaksanak­an pelbagai program termasuk kempen kesedaran mengenai bahaya skim cepat kaya dan MLM di kampusnya seluruh negara.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia