MPAJ tak ambil peduli rayuan peniaga
Arahan pengosongan Pasar Pekan Ampang ketepi hak, jejas pendapatan penjual
Ampang
Ldua perjumpaan dengan empat ahli jawatankuasa Persatuan Penjaja dan Peniaga Pasar Pekan Ampang (PPPPPA), mengenai arahan pemindahan tanpa memberi peluang kepada peniaga merayu menangguhkan pemindahan itu.
Bantah tindakan MPAJ
Sehubungan itu, lebih 300 peniaga semalam berhimpun di depan pasar itu membuat bantahan terhadap MPAJ yang disifatkan lebih mementingkan ‘diri’ tanpa mengambil peduli masalah yang bakal dihadapi mereka apabila diarah menutup perniagaan yang diusahakan nenek moyang mereka sejak enam dekad lalu.
Setiausaha PPPPPA, Veronica Liew, berkata keputusan MPAJ itu tidak mengambil kira usia peniaga yang rata-rata berusia lebih 60 tahun selain sudah berniaga sejak 60 tahun lalu.
Katanya, pihak MPAJ juga tidak mengadakan perjumpaan dengan peniaga berbincang rancangan membangunkan semula pasar sekali gus perlu memindahkan peniaga ke pasar sementara.
“Pada April lalu, MPAJ memanggil empat ahli jawatankuasa persatuan untuk berbincang. Sebaik tamat perjumpaan itu, saya terus berbincang dengan peniaga mengenai pemindahan itu dan mereka tidak setuju.
“Namun seminggu kemudian, saya hadiri perjumpaan kedua untuk menyuarakan bantahan peniaga.
“Bagaimanapun, pihak MPAJ tidak mahu mendengar bantahan kami, sebaliknya mengarahkan kami mendengar segala apa yang diarah tanpa membantah kerana mendakwa mereka lebih berkuasa,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan membantah projek pembangunan semula pasar pekan Ampang di depan pasar berkenaan, semalam.
Tangguh kerja meroboh
Selain itu, katanya, kontraktor yang dipilih sudah memulakan kerja dengan meletakkan dua kontena di sebelah pasar berkenaan pada bulan lalu, namun dihalang peniaga menyebabkan mereka menangguhkan kerja meroboh bangunan pasar berkenaan.
Sementara itu, wakil Badan Ke-