Berita Harian

Wajah seiras, karakter berbeza

Dua zuriat kembar Mohd Helmie, Norlizawat­y punyai ragam, perangai tersendiri

- Di www.bharian.com.my

Hubungan anak kembar, lazimnya umpama isi dan kuku. Jika salah seorang kembar tiada di sisi, pasti yang seorang lagi akan tercari-cari.

Begitu juga sekiranya seorang menangis, satu lagi akan turut sama menangis. Itu baru sedikit kerenah anak kembar, belum lagi ragam yang lain.

Bayangkan pula betapa meriahnya suasana membesarka­n anak kembar. Jika sepasang pun sudah cukup menceriaka­n suasana, apatah lagi dua atau lebih pasangan anak kembar di bawah satu bumbung, pasti kemeriahan­nya berganda.

Inilah antara pengalaman dilalui pasangan guru, Mohd Helmie Musa, 34, dan Norlizawat­y Baharin,

32, dikurniaka­n dua pasang zuriat kembar berusia lima tahun dan sembilan bulan.

Berkongsi kisah membesarka­n dua pasang anak kembar, Mohd Helmie berkata, Darwisya Ariana dan Darwisya Sophia, 5, dan Afiq Hazim serta Afiqah Hazirah, sembilan bulan mempunyai perangai dan ragam masing-masing.

Kata Mohd Helmie, pasangan kembar pertama dilahirkan pada Oktober 2011 tetapi masing-masing mempunyai berat dan ketinggian berbeza, sungguh pun wajah mereka seiras.

Punyai karakter berbeza

Kedua-duanya juga mempunyai karakter berbeza. Darwisya Sophia lebih sensitif dan mudah merajuk, berbanding Darwisya Ariana yang periang.

“Antara mereka, masing-masing ada karakter tersendiri. Begitu juga adik kembar mereka yang dilahirkan pada September 2015, punyai perangai tersendiri.

 ?? [ FOTO MOHD FADLI HAMZAH /BH ] ??
[ FOTO MOHD FADLI HAMZAH /BH ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia