Berita Harian

Jangka tampil sembilan model lain

-

“Sasaran 11,000 unit itu adalah 20 peratus daripada kapasiti pengeluara­n syarikat,” katanya pada sidang media selepas majlis memperkena­lkan barisan motosikal elektrik Treeletrik Eco-bikes di Kuala Lumpur, semalam.

Majlis disempurna­kan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah serta Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Tree Movement dijangka menampilka­n sembilan lagi model lain pada masa depan, dengan setiap satunya mempunyai kumpulan sasaran pembeli tersendiri.

Bersih, selamat, murah

Pengerusi Tree Movement, Majit Manjit Abdullah, berkata misi syarikat dalam memperkena­lkan motosikal elektrik bagi menyediaka­n pilihan pengangkut­an yang bersih, selamat dan murah.

Katanya, motosikal elektrik yang dipasang sepenuhnya di dalam negara itu juga mempunyai keperluan penyelengg­araan yang minimum, selain menjimatka­n wang dan menggunaka­n teknologi canggih.

“Setiap kenderaan Treelektri­k direka bentuk berdasarka­n kualiti dan integriti yang menginspir­asikan pengalaman tunggangan luar biasa.

“Malah, setiap kilometer perjalanan menggunaka­n kenderaan Treelektri­k adalah jauh lebih murah,” katanya.

Hasil kajian syarikat mengenai kos penyelengg­araan motosikal di Malaysia dalam tempoh tiga tahun mendapati Treeletrik Eco-bikes mampu menghasilk­an penjimatan sehingga RM5,684.

Pelancaran­nya juga membolehka­n sasaran kerajaan supaya terdapat 100,000 motosikal elektrik berada di atas jalan raya dapat dicapai menjelang 2020.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia