Berita Harian

Tunggu 2018 saja: Raja Ahmad

Yakin EGM takkan berlaku kerana ahli gabungan masih mahukan kepimpinan Tengku Abdullah

- Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor

Tiada apa yang boleh dilakukan untuk menyingkir­kan Presiden Persatuan Bola Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah daripada jawatan itu melainkan menerusi satu Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM).

Perkara itu disuarakan bekas Naib Presiden FAM, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, namun beliau menjangkak­an EGM berkenaan tidak akan berlaku berikutan ahli gabungan masih mahukan kepimpinan Tengku Abdullah.

Justeru, Raja Ahmad menjelaska­n semua pihak yang berkobarko­bar mahukan jawatan tertinggi dalam badan itu perlu menunggu Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) pada 2018.

“Pemilihan semula akan ber- langsung pada 2018, jadi kalau nak ubah pun mereka kena buat EGM, itu pun kalau semua ahli gabungan setuju.

“Memang sebelum ini Tengku Abdullah ada menyatakan hasrat untuk meletak jawatan, tapi ahli gabungan FAM masih mahu dia kekal. Bagi menyingkir­kan presiden atau exco, hanya persatuan boleh lakukan.

“Terpulang kepada ahli gabungan, lagipun mereka dipilih daripada AGM. Jadi, bila tiba AGM baharu nanti terpulang kepada mereka nak memilih siapa,” katanya kepada BH Sukan, semalam.

Jangan membisu

Semalam, akhbar ini melaporkan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi MARA (UITM) Shah Alam, Mohamed Sadek Mustaffa menegaskan Exco FAM sepatutnya menerima keputusan Tengku Abdullah untuk meletak jawatan dan memanggil EGM segera bagi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia