Berita Harian

Empat nafi terbabit aktiviti berkaitan IS

-

Kuala Lumpur: Empat individu termasuk seorang penghantar surat, mengaku tidak bersalah ketika didakwa secara berasingan di Mahkamah Majistret di sini, Klang dan Petaling Jaya semalam, atas pelbagai tuduhan berkaitan kegiatan militan IS.

Tertuduh, Mohmad Zaini Mohmad Isa, 31, didakwa di Mahkamah Majistret Klang, atas tuduh menyokong kumpulan pengganas terbabit di Lot 539, No F/1, Telok Gadong Kecil, Jalan Yadi di sini, antara 25 Mac dan 30 Jun lalu,

Dia didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan, yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara hingga 30 tahun atau denda. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Syed Farid Syed Ali, di hadapan Majistret Nor Asma Ahmad.

Tertuduh juga didakwa melindungi penahanan Jonius Ondie, yang melakukan perbuatan pengganas di belukar lebuh raya Pulau Indah di sini, kira-kira 7.15 malam pada 29 Jun lalu dan didakwa mengikut Seksyen 130K(a) kanun sama, yang boleh dipenjara sehingga 20 tahun atau denda.

Sementara itu, di mahkamah sama, Roshelmyza­n Husain, 31, pula didakwa mencari sokongan untuk kumpulan pengganas IS melalui aplikasi Telegram di Lot 1616, Telok Kapas, Rantau Panjang di sini, antara 25 Mac hingga 29 Jun lalu dan didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan.

Dia turut dituduh memiliki barangan berunsur keganasan dan mempunyai kaitan dengan IS di Bilik Mesyuarat Tingkat 1, Bangunan Sime Darby Plantation Sdn Bhd, Nuri Refinery, Lot 27, PT 234 Lebuh Sultan Mohamed 1, kawasan Perusahaan PKNS Fasa II, Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang, jam 2.10 petang, pada 29 Jun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(A) Kanun Keseksaan, yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan boleh dilucutkan hak terhadap bahan itu. Mahkamah kemudian menetapkan 7 September ini untuk sebutan semula kes terbabit.

Di Mahkamah Majistret Ampang, Mohd Asrol Mohamad, 29, didakwa di depan Majistret Haslinda A Raof, kerana memberi sokongan kepada pengganas membabitka­n penggunaan bahan letupan untuk memajukan ideologi bagi mengugut orang awam negara ini melalui aplikasi Telegram dalam telefon bimbit.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Jalan Dagang 1/2, Taman Dagang, Ampang, Hulu Langat, di sini antara 25 Mac hingga 29 Jun 2016 dan didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(b) Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara seumur hidup atau denda dan harta boleh dirampas jika berniat melakukan kesalahan terbabit.

Mahkamah menetapkan 7 September untuk sebutan semula kes dan pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya, Goh Ai Rene.

Di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, Fazar Nor Md Reduan, 33, didakwa di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin, memberi sokongan kepada perbuatan pengganas membabitka­n penggunaan bahan letupan untuk memajukan ideologi di Blok 11 AU3/1, Ulu Kelang di sini, antara April hingga 28 Jun lalu.

Fazar turut dituduh memiliki barangan berunsur keganasan dan mempunyai kaitan dengan IS di hadapan pejabat Liberty Insurans Berhad, Taman Danau Kota Off Jalan Genting Klang, di sini jam 1.20 tengah hari, tarikh sama dan didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(A) Kanun Keseksaan.

Mahkamah menetapkan 28 September ini untuk sebutan semula.

 ??  ?? Mohd Asrol Mohamad
Mohd Asrol Mohamad
 ??  ?? Roshelmyza­n Husain
Roshelmyza­n Husain
 ??  ?? Mohmad Zaini Mohmad Isa
Mohmad Zaini Mohmad Isa
 ??  ?? Fazar Nor Md Reduan
Fazar Nor Md Reduan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia