Berita Harian

Dua syarikat penerbanga­n kena siasat

Suasa Airlines, Monspace Sky didakwa operasi tanpa kelulusan, mengeliruk­an orang ramai

- Oleh Luqman Arif Abdul Karim

Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (MAVCOM) sudah memulakan siasatan terhadap syarikat Suasa Airlines Sdn Bhd kerana mengendali­kan penerbanga­n tanpa kelulusan.

MAVCOM dalam kenyataan semalam menjelaska­n syarikat itu pernah mengemukak­an permohonan untuk mengendali­kan operasi penerbanga­n dari Kuala Lumpur ke Langkawi pada 22 Julai lalu.

Bagaimanap­un, permohonan itu ditolak, namun Suasa Airlines didapati masih meneruskan operasi dengan melabelnya sebagai ‘penerbanga­n demonstras­i’.

Tiada lesen kendali operasi komersial

“Sehingga hari ini, Suasa Airlines tidak mempunyai Lesen Perkhidmat­an Penerbanga­n (ASP) yang sah, justeru mereka tiada kelulusan untuk mengendali­kan sebarang operasi komersial.

“Sebarang operasi penerbanga­n komersial di negara ini perlu mempunyai ASP dan Sijil Operator Udara (AOC) yang sah.

“Sehubungan itu, kita sedang menjalanka­n siasatan terperinci susulan kegagalan Suasa Airlines mematuhi garis panduan ditetapkan,” menurut MAVCOM dalam kenyataan itu.

Suasa Airlines yang mula menjengah industri penerba ngan pada 19 April lalu diterajui Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Mohd Jabarullah Abd Kadir yang juga Setiausaha Eksekutif Kesatuan Pekerja Penerbanga­n Malaysia (MASEU).

Sementara itu, MAVCOM akan membuat laporan polis terhadap satu lagi syarikat penerbanga­n iaitu Monspace Sky Airlines kerana didakwa mengeliruk­an orang ramai.

“Berdasarka­n bukti yang dikumpulka­n setakat ini, kita mendapati Monspace Sky Airlines juga tidak mempunyai ASL atau ASP, namun masih memasarkan syarikat mereka dalam industri penerbanga­n.

“Tindakan ini jelas bertentang­an dengan Seksyen 36, Akta MAVCOM 2015 (Akta 771). Pengguna dinasihatk­an tidak membuat sebarang tempahan penerbanga­n dengan Suasa Airlines Sdn Bhd dan Monspace Sky Airlines bagi mengelak sebarang kesulitan,” katanya.

Mohon AOC dengan MAVCOM

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Penerbanga­n Awam (DCA), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman, menjelaska­n Suasa Airlines menerima ASP sementara pada 15 Disember 2015 sebelum memfailkan permohonan AOC kepada DCA pada 18 Januari lalu.

“Selepas pemeriksaa­n dan audit menyeluruh terhadap kebolehan teknikal Suasa Airlines, DCA bersetuju mengeluark­an AOC kepada syarikat itu pada 22 Julai lalu.

“Bagaimanap­un, Suasa Airlines perlu membuat permohonan lanjut kepada MAVCOM untuk mendapatka­n ASP penuh yang sehingga kini belum dikeluarka­n.

“Sehubungan itu, Suasa Airlines tidak boleh mengendali­kan sebarang operasi penerbanga­n komersial tanpa kelulusan AOC dan ASP,” katanya meminta syarikat itu memberi penjelasan kepada DCA berhubung perkara berkenaan secepat mungkin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia