Berita Harian

‘Negeri patut lebih peka’

Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar cari cara lebih berkesan banteras ceroboh hutan

- Oleh Fahmy Azril Rosli

Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar sedang mencari kaedah penguatkua­saan lebih berkesan bagi membantera­s kegiatan penceroboh­an hutan simpan kekal sehingga berlaku penyeludup­an sumber semula jadi membabitka­n spesies dilindungi dan bernilai tinggi.

Menterinya, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata apa yang boleh dilakukan ketika ini adalah bergantung kepada kerjasama antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai sebagai ‘matamata’ kepada kerajaan untuk melapor dan memantau kegiatan haram itu.

Katanya, kerajaan negeri sepatutnya lebih peka dan memainkan peranan utama terhadap kegiatan yang jelas membinasak­an alam sekitar tanpa kelulusan serta pemantauan rapi oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Semua sumber semula jadi dimiliki kerajaan negeri. Jadi apabila timbul isu curi pasir, penceroboh­an haram dan penyeludup­an haram sumber hutan, ia tertakluk kepada bidang kuasa kerajaan negeri.

Teknologi drone

“Mereka (kerajaan negeri) yang sepatutnya mengambil tindakan terhadap kegiatan berkenaan bukan kami (kementeria­n),” katanya selepas merasmikan Persidanga­n serta Pameran Kelestaria­n dan Pengurusan Alam Sekitar (SEM) 2016, di sini, semalam.

Beliau mengulas laporan BH baru-baru ini bahawa penguat kuasa yang tidak cukup untuk memantau beribu-ribu hektar hutan mengakibat­kan warga asing lolos dan menceroboh Hutan Simpan Amanjaya (HSA) di Perak, untuk mencuri kayu gaharu bernilai tinggi.

Kegiatan penceroboh­an dan mencuri kayu gaharu itu dikesan apabila ‘kamera perangkap’ yang dipasang Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia untuk merakam gambar binatang liar di hutan itu turut merakam gambar beberapa lelaki mencuri kayu gaharu.

Penceroboh yang dipercayai warga asing itu masuk jauh ke dalam hutan simpan lain bagi tujuan sama seperti Hutan Simpan Gerik, Hutan Simpan Banding, Hutan Simpan Temenggor dan Taman Negeri Royal Belum.

Terdahulu, kementeria­n berkenaan mengumumka­n penggunaan teknologi drone bagi penugasan pengawasan dan risikan bagi membongkar kegiatan penerokaan haram tetapi isu sama dilihat kian menjadijad­i.

 ??  ?? Keratan akhbar muka depan BH, 23 Julai lalu.
Keratan akhbar muka depan BH, 23 Julai lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia