Berita Harian

Zambry minta Jabatan Perhutanan sedia laporan

-

Ipoh: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, meminta Jabatan Perhutanan Perak menyediaka­n laporan berhubung kegiatan mencuri kayu gaharu di Hutan Simpan Amanjaya (HSA) yang menggunaka­n Jalan Raya Timur Barat (JRTB) sebagai laluan masuk sebagaiman­a dilaporkan BH.

Zambry berkata, laporan berkenaan perlu disediakan bagi membolehka­n kerajaan negeri mengambil tindakan dalam memastikan kawasan hutan simpan di negeri ini tidak dicerobohi mana-mana pihak.

“Saya sudah bangkitkan perkara ini dalam Mesyuarat Majlis Keselamata­n Negeri mengenai perkara yang perlu diambil tindakan (bagi menangani kegiatan itu),” katanya yang ditemui selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Perbadanan Pembanguna­n Pertanian Negeri Perak (PPNP), di sini, semalam.

Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abd Puhat Mat Nayan; Ketua Pegawai Eksekutif PPNP, Datuk Ahmad Rizal Abdul Rahman serta beberapa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO).

BH sebelum ini melaporkan, warga asing khususnya dari Thailand, Vietnam, Kemboja dan Pakistan dikesan menceroboh HSA, dekat Gerik untuk mencuri kayu gaharu yang bernilai tinggi.

Perketat laluan masuk

Zambry berkata, dalam mesyuarat berkenaan, beliau menekankan beberapa perkara penting termasuk memperketa­tkan laluan masuk ke negeri ini berikutan perkara itu bukan hanya membabitka­n kecurian kayu gaharu, malah turut menjejaska­n keselamata­n rakyat di negeri ini.

Katanya, pasukan keselamata­n khususnya polis dan tentera akan menjalanka­n tugas pemantauan, malah beliau sendiri turun padang membuat pemantauan dua bulan lalu di sempadan Malaysia-thailand bagi memastikan penceroboh­an tidak berlaku.

“Majlis Keselamata­n Negara (MKN) juga sudah membuat beberapa tindakan perlu bagi memastikan kawasan berkenaan benarbenar dijaga dengan sebaiknya dalam memastikan tidak berlaku penceroboh­an,” katanya.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai beberapa projek diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk manfaat penduduk Bagan Datoh, kelmarin, Zambry berkata, daerah itu mempunyai potensi tinggi seiring pelaksanaa­n beberapa projek baru dan masa depan seperti mana diumumkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia