Berita Harian

WPS agresif bendung hamil luar nikah

Lancar Fund Pink anjur program tingkat kesedaran wanita, remaja terhadap kes pembuangan bayi

- Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar

Women Power Society (WPS) menyediaka­n Fund Pink untuk menjalanka­n pelbagai aktiviti bagi meningkatk­an kesedaran golongan wanita muda, remaja terhadap kesan kehamilan luar nikah.

Presidenny­a, Mak Lai Poh, berkata usaha ini akan dilakukan secara agresif bagi mengelak kes pembuangan bayi semakin berleluasa.

Katanya, masyarakat tidak seharusnya menghukum wanita muda yang hamil luar nikah, sebaliknya berikan mereka perlindung­an dan sokongan moral.

Fenomena pembuangan bayi pasti akan berlarutan dan mungkin terus menjadi barah yang sukar dikawal, pada masa akan datang.

Anjur pelbagai program

Justeru, antara program disediakan WPS ialah ceramah, perbincang­an, kumpulan perlindung­an dan sokongan bagi meningkatk­an kesedaran terhadap kes pembuangan bayi.

“Jika usaha ini tidak dilakukan secara agresif fenomena pembuangan bayi pasti akan berlarutan dan mungkin terus menjadi barah yang sukar dikawal, pada masa akan datang.

“Ketika ini, masalah pembuangan bayi juga dilihat semakin ketara dan membimbang­kan.

“Sokongan keluarga sangat penting. Bukan semua kes hamil luar nikah berlaku atas kehendak sendiri.

“Justeru, kita perlu bantu mereka bagi mengelak mereka membuang bayi,” katanya kepada BH.

Lai Poh berkata, tindakan masyarakat memberi rumah perlindung­an untuk wanita hamil luar nikah bukan bertujuan menggalakk­an wanita atau remaja melakukan seks haram, sebaliknya perlu difikirkan secara positif.

Seharusnya ada cara dan peluang wanita hamil anak luar nikah mendapatka­n perlindung­an dan pencegahan awal untuk mengelak kejadian tidak diingini seperti pembuangan bayi atau bunuh diri akibat kecewa.

“Mencegah lebih baik. Membunuh diri, membuang atau menggugurk­an bayi bukan cara penyelesai­an.

“Bukan bermakna kita galakkan hubungan seks tetapi fokus kita adalah menyelamat­kan bayi yang dikandung.

Elak terjebak gejala sosial

“Apabila golongan sasaran ini didedahkan dengan didikan seks lebih awal mereka mungkin dapat menjaga diri sendiri daripada terjebak masalah sosial atau kehamilan luar nikah pada usia muda,” katanya.

Lai Poh berkata, usaha lain dilakukan ialah mendedahka­n ilmu faktor dan punca wanita terjebak dengan gejala sosial.

“Program ini ingin membuka mata masyarakat supaya bersama-sama membendung masalah sosial. Kami juga sasarkan pelajar sekolah dan universiti kerana mereka antara golongan yang mudah terjebak dengan masalah itu.

“Pendedahan ini secara tidak langsung dapat membina jati diri dan memandu mereka menjalani kehidupan lebih sihat,” katanya.

Program turut mendapat kerjasama pakar perubatan akan mendedahka­n kesan buruk hubungan seks dan kehamilan usia muda terhadap kesihatan dan kehidupan wanita.

“Kita dedahkan bahaya hamil pada usia muda seperti berisiko menghidap kanser serviks dan penyakit kelamin,” katanya.

 ?? [FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/BH] ?? Lai Poh (tengah) pada majlis pelancaran Women Power Society, baru-baru ini.
[FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/BH] Lai Poh (tengah) pada majlis pelancaran Women Power Society, baru-baru ini.
 ??  ?? Lai Poh (depan, tiga dari kiri) bersama ahli jawatankua­sa Women Power Society pada majlis pelancaran persatuan itu, baru baru ini.
Lai Poh (depan, tiga dari kiri) bersama ahli jawatankua­sa Women Power Society pada majlis pelancaran persatuan itu, baru baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia