Berita Harian

Mangsa kebakaran ditawar rumah transit

-

Kuala Lumpur: Kedukaan tiga beranak yang tinggal sehelai sepinggang akibat kehilangan tempat tinggal dalam kebakaran di Projek Perumahan Awam (PPA) Sri Kelantan, Jalan Sentul di sini terubat apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menawarkan rumah transit untuk mereka.

Surat tawaran mendiami rumah di kawasan perumahan yang sama disampaika­n oleh Ketua UMNO Bahagian Batu, Datuk Yahaya Mat Ghani kepada anggota keluarga itu Sazana Samsudin, 42, dalam satu majlis malam kelmarin di sini.

Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembanguna­n Komuniti DBKL, Wan Mohammad Ghazali Nor.

Bercakap kepada media selepas majlis penyerahan surat berkenaan, Yahaya meluahkan perasaan sedih atas musibah menimpa mangsa serta meminta mangsa tabah menghadapi ujian itu.

Beliau berkata mereka boleh tinggal di rumah berkenaan secara percuma tanpa perlu membayar sewa termasuk bil api dan air dalam tempoh tiga bulan, kerana ia akan ditanggung oleh DBKL.

“Mereka boleh tinggal di rumah ini sementara menantikan rumah mereka siap diperbaiki setelah ia musnah 100 peratus dalam kejadian 7 pagi kelmarin,” katanya.

Sementara itu anak mangsa Nur Syafiqah Marzuki, 21, berterima kasih kepada semua pihak, khususnya kerajaan yang berbesar hati untuk membantu meringanka­n beban mereka sekeluarga.

Katanya, kejadian didakwa berpunca akibat letupan tong gas di rumah terbabit menyebabka­n ayah tirinya Azhar Kadirun, 61 melecur di bahagian muka, kedua-dua tangan dan kaki manakala ibunya Jaharah Md Arif, 58, cedera di tangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia