Berita Harian

Ketua Menteri terus ulas kes rasuah

-

Butterwort­h: Ketua Menteri, Lim Guan Eng tidak mengendahk­an amaran terakhir dikeluarka­n Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali apabila masih mengulas mengenai kes salah laku rasuahnya secara terbuka.

Kedegilan Setiausaha Agung DAP itu dilihat berlaku pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parti Amanah Negara yang dihadiriny­a di Dewan Besar Sungai Dua di sini, semalam.

Dengan riak wajah yang langsung tidak bersalah, Guan Eng dalam ucapannya berkata, pendakwaan berkenaan adalah konspirasi politik dan beliau yang menjadi mangsanya.

Anggap konspirasi

“Saya tidak bersalah dan apa yang berlaku ini adalah konspirasi untuk menjatuhka­n saya sebagai pemimpin di negeri ini.

“Jadi, kita mahu rakyat beri mandat baharu dengan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk lihat sokongan terhadap kerajaan negeri ini,” katanya.

Beliau berkata, keputusan muktamad untuk mengadakan PRN akan diumumkan minggu depan dengan DAP masih menunggu persetujua­n rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan.

Guan Eng sebelum ini, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang atas dua tuduhan rasuah iaitu membabitka­n penyalahgu­naan kuasa berhubung isu permohonan pengezonan semula status tanah dan pembelian banglo di Jalan Pinhorn.

Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu turut mengumumka­n parti itu akan mengadakan mesyuarat khas di Sungai Besar, Selangor hari ini, bagi menentukan sama ada bersetuju atau tidak mengadakan PRN Pulau Pinang selepas perbincang­an bersama kepemimpin­an parti itu.

Hilang sokongan majoriti

Sementara itu, Pengerusi UMNO negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman, menyifatka­n Guan Eng sudah kehilangan sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan sehingga terpaksa mengadakan pilihan raya mengejut.

“Hasrat DAP membubarka­n Dewan Undangan Negeri (DUN) dilihat lebih menjurus kepada cubaan mengukur kepopulara­n dan sokongan rakyat terhadap kepemimpin­an Guan Eng saja.

“Isu yang sedang dihadapi beliau adalah atas kesalahan rasuah dan ini tidak ada kena mengena dengan kerajaan negeri kerana ia menjurus kepada isu peribadi Ketua Menteri itu sendiri,” katanya ketika ditemui di Kolej Vokasional Nibong Tebal.

 ??  ??
 ??  ?? Keratan akhbar BH semalam.
Keratan akhbar BH semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia